Monday, September 5, 2011

Monday, August 29, 2011

This is Palestine - Helwa Ya Balady


**lagu tema ihya' ramadan tvalhijrah

Thursday, August 25, 2011

WARKAH AIDILFITRI buat semua 1432H


Bismillahirrahmanirrahim...

Buat Mak Abah yang di sayangi,

Along menyusun 10 jari memohon maaf..
di atas segala kesilapan yang telah along lakukan seumur hidup ini..
Terlalu banyak dosa-dosa yang dilakukan andai dihitung sedari kecil..tapi mak abah tetap bersabar dengan perilaku along yang terkadang agak melampau..terima kasih mak abah di atas jasa dan pengorbanan kalian berdua..tak terdaya anakmu ini membalasnya..moga Allah limpahkan rahmat dan kasih sayangnya buat mak abah..love both of U..

Buat Anyah & Ira yang di kasihi,

Along bukanlah seorang kakak yang terbaik..along hanyalah insan yang lemah dan tak lepas daripada khilaf...sepanjang kita membesar, banyak kali rasanya along mengguriskan hati korang berdua, sengaja mahu pun tidak disengajakan...maafkan along ye..moga kita semua menjadi anak2 solehah kepada mak & abah...love both of U..

Buat Wan,

Kakak ipar mu ini, ingin memohon maaf di atas salah dan silap yang telah lalu...maaf juga kerana sentiasa menyusahkanmu..terima kasih dik..moga istana bahagia korang berdua dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah..

Buat Adam, Aqil & Aqif yang dirindui selalu

Sape nak duit raya, kena cium pipi aneng dulu, hehe..Moga korang bertiga menjadi anak2 yang Soleh dan sentiasa dalam limpah rahmat dan kasih sayang Allah..


Buat Sanak Sedara yang dikasihi,

Buat sanak sedara yang di sebelah Bagan Dato' mahu pun Teluk Intan, maaf dipinta daripada kejauhan..kita mungkin jauh tapi hati kita tetap dekat, insyaAllah..moga Allah merahmati kita semua dan menguatkan ukhuwah antara kita.

Buat Rakan Taulan yang dikasihi,

Saya hanyalah insan yang lemah dan tak lepas daripada khilaf..Saya bukanlah seorang insan yang pandai berkata-kata, mungkin ada yang tersinggung dengan kata-kata atau pun perilaku saya..dikesempatan ini, saya menyusun 10 jari memohon maaf di atas segala kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang kita bersama-sama menjalani kehidupan ini...

Buat kesemua yang pernah menjadi BOS dan BOS sekarang,

Saya memohon maaf di atas segala kesilapan dan kekurangan selama saya bertugas dengan Tuan/Puan..terima kasih juga di atas segala ilmu yang telah Tuan/Puan berikan..moga Tuan/Puan dirahmati dan dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang Allah..



moga saya dan kalian semua memperoleh KEMENANGAN BESAR di hari LEBARAN yang mulia ini..Saya menasihati diri saya sendiri dan kalian semua, agar kita sama-sama meneruskan segala amalan dan akhlak mulia yang kita laksanakan selama sebulan ini..moga-moga kita semua menjadi hambaNYA yang SOLEH dan SOLEHAH, amin..











Wednesday, August 24, 2011

Aidilfitri plus Merdeka

Bismillahirrahmanirrahim..

Tatkala ini, hujan sedang mencurah-curah..dan di ketika ini, fokus telah beralih arah..entah kenapa jari ini terlalu teringin untuk menaip..dan entah kenapa juga coretan menjadi agak puitis..sepatutnya di kala ini, diri ini perlu menyiapkan beberapa kerja yang masih berbaki sebelum bercuti panjang..Dua perayaan bakal disambut serentak, insyaAllah.

Andai diizinkan Allah perjalananku akan bermula 2 hari lagi, 26 Ogos 2011 ke Selangor...kami, adik beradik akan berkumpul sebelum berlepas ke Kuching, Sarawak yang dijadualkan pada 28 Ogos 2011, insyaAllah...kenapa ke Kuching? sebabnya kami semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan di sana..menyambutnya dengan pergi melancong??? jauh daripada budaya orang Melayu?? ...eh! sabar, sabar...sebenarnya ibubapa kami di sana, lantas kami akan merayakan hari kebesaran kita di sana..ditakdirkan Allah, abah ditugaskan untuk berkhidmat di Kuching pada bulan Jun yang lepas..dan dengan takdirnya juga, abah tak dapat cuti..makanya anak2 lah yang akan ke sana bertemu ayah bonda...sedih gak la sebab tak dapat meraikan bersama keluarga besar sebelah abah dan mak..tapi kami redha dengan ketentuannya..moga keluarga kecil kami dapat berhimpun dan bermaaf-maafan di pagi 1 Syawal 1432H nanti..

Memandang tragedi kek Lapis Sarawak yang berlaku baru-baru ini, makanya tak dapek la menikmatinya sebagai juadah di hari lebaran..moga perjalanan kami, adik beradik dipermudahkan Allah dan moga Allah pertemukan kami semua dalam rahmatNya, amin...

SALAM AIDILFITRI buat semua sanak sedara, sahabat, rakan, taulan dan seluruh umat Islam...

Salam Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia


SOME PEOPLE

Some people love being famous, some prefer to remain unknown. Some are just so friendly and some just comfortable to remain silent. There's so many people with different attitude, different styles. You just have to UNDERSTAND and BLEND IN.


Ujian

24 Ogos 2011 / 24 Ramadhan 1432

Bismillahirrahmanirrahim

Sesungguhnya,diri ini tersangatlah lemah...dimulut kata ok..dapat menerima ketentuan Ilahi..redha dengan segalanya..tapi jauh di sudut hati, ada sekelumit rasa sebak..diri ini belum cukup tabah menerima segalanya dengan hati yang tenang..segala rasa yang bersarang di hati ini ku pulangkan kepadaMu Ya Ilahi, tenangkanlah hati ku ini..dan hambaMu yang lemah ini, memohon agar ia dapat digantikan dengan sesuatu yang lebih baik, hanya Kau Yang Maha Mengetahui..sesungguhnya perancang Allah adalah yang terbaik...

Kisah Nuzul Al-Quran Dan Keistimewaan Membaca Al-Quran

Pada hari Rabu lepas (17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadhan), kita telah menyambut Nuzul Al-Quran. Peristiwa yang terjadi pada hari Nuzul Quran adalah satu peristiwa yang amat besar dan penting kerana ianya merupakan satu permulaan kepada ajaran Islam melalui Nabi Muhammad S.A.W.

Kisah Ringkas Nuzul Quran

Peristiwa Nurul Al-Quran merupakan satu peristiwa dimana turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ayat Quran pertama yang diturunkan melalui perantaraan Malaikat Jibril adalah dari lima ayat pertama Surah Al-Alaq. Maksud wahyu pertama: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Tuntutan Menuntut Ilmu Dalam Islam

Jelas di sini, Islam amat menitikberatkan budaya menuntut ilmu. Hanya dengan ilmu, umat Islam boleh maju dalam pelbagai bidang saamada melibatkan perkara duniawi ataupun ilmu untuk bekalan akhirat. Percaya atau tidak, sekiranya anda mengutamakan ilmu agama terlebih dahulu, insyaAllah, jiwa dan minda anda lebih mudah menerima ilmu dunia. Saya sendiri rasa menyesal kerana x meneruskan pengajian ke maahad tahfiz dulu masa ditawarkan. Kawan2 saya yang ke sane, kesemuanya kini dah tamat master pelbagai bidang.

Kelebihan Membaca Al-Quran:

1. Al-Quran akan menjadi syafaat / penyelamat kita di hari akhirat nanti. 2. Mendapat pahala. 3. Allah mempertingkatkan martabat orang mukim yang membaca Quran. 4. Membaca Al-Quran dapat memberikan ketenangan kepada pembacanya. 5. Ibu bapa kita diberi kemuliaan oleh Allah pada hari kiamat. Dan pelbagai lagi kelebihan yang tak mampu diucapkan di sini.

Pelajari Membaca Al-Quran

Sekiranya tak mampu untuk menjadi hafiz 30 juzu' Quran, sekurang2nya, janganlah kita langsung xmengenal al-Quran. Jangan terkejut jika masih ada individu yang masih tidak tahu membaca Quran walaupun sudah berusia 50 tahun! Tidak dinafikan, individu yang tidak tahu membaca Al-Quran, bukannya tak mahu belajar. Tapi mungkin tiada masa ataupun agak malu untuk belajar dalam usia yang agak lanjut. Tapi, Alhamdulillah, dengan teknologi yang ada hari ini, ramai individu mampu belajar membaca Al-Quran.

***********
sumber>>http://www.faizalsyukri.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...