Friday, September 30, 2011

Rokok & Haji



renungkan kata2 ini~

"Harga rokok ( purata ) : RM10 (sekotak) x sehari
Jumlah tahunan : RM 3650Tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250
Maka
Orang-orang yang merokok WAJIB MENUNAIKAN HAJI kerana terdapat lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar..."

>>Eh! maknanya andai kita menyimpan RM10 setiap hari, makanya kita dapat mengumpul tambang untuk menunaikan haji dlm masa 5 tahun. Ehm!! ditambah lagi dengan simpanan2 bonus dll cukuplah perbelanjaan masa kat sana..Allahuakhbar, tak terfikir plak formula ni..thanks ustaz atas peringatan ini...nak mula MENABUNG..jom MENABUNG!!!

Why we always disobeying Allah order?

sumber>>http://www.facebook.com/

tatkala bermusafir~


* Dengan mengisi barang² ini di dalam beg kecil anda, anda telah mendapat pahala sunnah. Nak tahu apakah ia? Sila baca dan amalkan



Barang²nya adalah:-
- Kayu siwak/berus gigi.
- Sikat.
- Cermin.
- Celak.
- Lain² barang keperluan.


Oh, 1 lagi. Rasul صلى الله عليه وسلم amat suka bermusafir pada hari Khamis.
(jumaat-ahad ,, hmm )

~ Selamat bermusafir dengan penuh barakah.



**ikuti perkongsian sunnah2 Rasulullah صلى الله عليه وسلم di TV Al-Hijrah (slot sebelum / selepas azan asar & maghrib)

Thursday, September 29, 2011

Tanya seorang yg Prihatin

Org Prihatin :
assalamualaikum....ustaz.....saya nak mintak satu penyelesaian.......kalau bleh ustaz terangkan ayat2 atau amalan2 yang boleh menyekat kita mengulangi tabiat2 yang tidak elok...iman tu kadang 2 tebal...kadang2 nipis...buleh usta yer.....

Saya:
wsalam...mashaAllah...soalan tuan hebat sungguh.. :) :)
baiklah...
saya jawab ni berdasarkan huraian dari Ilmu saya yg cetek ni berdsasarkan hadith2 Nabi SAW yg saya ingat dan saya rujuk Ustaz2 yg hebat.. :) :)

mcm mn nk elak diri dari ulang benda yg sama...(fuh..benda ni besaq ni..kena betui2 tekun..saya pun sometime..not sometime la..most of the time..tergelincir jgk..contoh makan mcm makan cikedis(tau kan cikedis???) ni...patutnya sy nk elak, tapi tak dpt.. sbb sedap..heee)

1. dalam hadith Nabi SAW yg Mulia, nabi kata
لا يُلدغ المؤمن من جحر مرتين

maknanya, "Seorang org Mukmin tidak akan jatuh dalam lubang(atau lubang biawak atau haiwan) yang sama dua kali.."

jadi, tanda2 org BERIMAN, itulah dia... :) :)

2. dalam hadith Nabi SAW yg Mulia lagi, Nabi SAW ada menyebut,
لا يزني الزاني حين يزني وهو مؤمن ، ولا يشرب الخمر حين يشرب وهو مؤمن ، ولا يسرق حين يسرق وهو مؤمن ، ولا ينتهب نهبة ، يرفع الناس إليه فيها أبصارهم ، حين ينتهبها وهو مؤمن . وعن سعيد وأبي سلمة ، عن أبي هريرة ، عن النبي صلى الله عليه وسلم : مثله ، إلا النهبة

"tidak berzina seseorang itu bilamana ketika dia berzina dia beriman. tidak mencuri seorang pencuri itu, bilamana ketika dia mencuri dia seorang beriman.......sampai akhir hadith"

maka, jawapan untk diri kita, tidak ulang kesilapan yang sama itu, ketika kita buat kesilapan yg sama itu, ketika itu kita beriman.. :) :)
"Ya Allah jauhkan aku dan tuan empunya soalan ini dan sekelian kaum muslimin muslimat dari mengulang2 kesilapan kami yg akhirnya menimbulkan kemurkaan mu Allah..sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.."

3. Setiap kita orang islam akan tak lepas dari buat salah dan silap..kan??
maka Nabi SAW yang syg kat kita ada sebut bahawa
خير الخطائين أتوابون "Sebaik-baik org yg buat salah adalah yg bertaubat.."
jadi bila kita nk bertaubat, kan salah satu syaratnya ialah berazam utk tidak ulang lagi kesalahan yg sama agar taubat kita diterima Allah SWT yang Maha Pengampun itu.. :) :)

mcm mn??insyaAllah sama2 kita perbaiki diri..boleh na.. :) :)

sumber>>facebook Ust. Don

"Cikgu dah pegi buat umrah?"

"Cikgu dah pegi buat umrah?" begitulah soalan yang tiba-tiba terpacul daripada mulut seorang pelajar lelaki tingkatan 3 yang agak nakal sifatnya dan suka mengusik diri ini setiap kali bertembung. "Belum" balas saya ringkas. "Cikgu pergilah" balasnya semula. "Kamu la sponsor saya" sengaja bergurau. Terdetik juga dibenak hati, "kenapa dia bertanyakan soalan seperti itu". Sedangkan waktu itu kami semua berada di dewan sedang menanti penceramah untuk Bengkel Sains PMR. "ah..mungkin dia bertanya kerana kelmarin adalah penghujung bulan Syawal dan hari ini 1 Zulkaedah dan para jemaah haji dah mula bersiap-siap nak berangkat ke kota Mekah" getus diri ini. Ketahuilah wahai anak didikku, soalanmu itu telah membuatkan cikgu mu ini merindui Kaabah. Dan pertanyaanmu ini telah menjentik rasa untuk diri ini berkunjung ke sana. Tempat kelahiran Rasulullah S.A.W dan ingin sekali berkunjung ke Madinah, melihat sendiri tanah pemerintahan Rasulullah S.A.W bersama sahabat-sahabat baginda. Alangkah indahnya andai impian itu terlaksana. Akanku berusaha bersungguh-sungguh mengumpul duit untuk ke sana. Ya, cikgu akan menunaikan umrah dan haji suatu hari nanti, insyaAllah.

*******************************

Kelebihan 10 Hari-hari Pertama Zulhijjah

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah? Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.
Amalan yang dianjurkan padanya
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.
2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.
3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.
4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.
5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.
7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.
9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.
10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Wednesday, September 28, 2011

Sanggul

"Tudung itu sepatutntya menarik mereka yang tidak menutup aurat kepada menutup aurat dan tidak sepatutnya menjadi penarik pula bagi kaum Adam untuk mengorat atau mendekat. Niat itu yang penting. Tutup aurat dan mahu jaga akhlak. Itu identiti sebagai muslimah." iluvislam.com

Wahai diri, adik2 tersayang dan kaum hawa sekalian, ingin kelihatan CANTIK itu lumrah tapi harus berwaspada..moga kita semua tidak melanggar hukum Allah dalam berpakaian...


antara TIPS yang boleh dikongsi yang diperolehi melalui radio IKIM FM:

sebelum membeli pakaian & tudung
  • tidak jarang
  • fabrik yang tidak melekat/ membalut tubuh (makanya kaki seluar juga perlu besar, baju juga perlu longgar- baju inner yang dipakai bukan sebagai inner tu pun agak membalut juga kan?)
  • tudung yang menutupi sehingga ke bahagian dada

marilah kita bersama-sama berpakaian dengan sempurna sebagai seorang muslimah
moga Allah memberi kita kekuatan untuk mengikut perintahNYA


tepuk dada, tanya IMAN

Sunday, September 18, 2011

CINTA



~assalamualaikum~

Apa yang cuba diketengahkan kali ini adalah sesuatu yang amat berat sekali..amat payah sekali untuk saya memulakan bicara..tak tau macam mana ia harus dimulakan dan tak tau juga bagaimana ia harus diakhiri..sebelum kita pergi lebih jauh ingin saya memohon maaf andainya ada salah dan silap pada entry kali ini..sesungguhnya segala yang baik adalah daripada Allah S.W.T dan andai ada salah dan silap ia adalah daripada kelemahan dan kesilapan diri ini sendiri. wallahu a'lam

saya hanya insan lemah yang cetek ilmu sama ada duniawi mahu pun ukhrawi..Allahu akhbar...almaklumlah saya bukan seorang ustazah dan hanya mempelajari Pendidikan Islam setakat SPM je...takut nanti seperti ketam mengajar anaknya berjalan pula..Ya Allah, bimbinglah hambaMu yang lemah lagi hina ini...bismillahirrahmanirrahim..isu yang ingin diketengahkan adalah CINTA??? Entry kali ini saya tujukan khas buat anak didik yang dikasihi, remaja2 dan kepada semua amnya..saya bukan seorang yang pandai berbicara, moga dengan apa yang dikongsi dapat meyedarkan para remaja dan yang dewasa terutamanya ibubapa agar dapat mendidik sebaiknya generasi masa depan ini....

saya terpanggil untuk menulis entry ini, kerana bimbang dengan remaja masa kini yang terus hanyut ditelan CINTA...2-3 minggu lepas, beberapa org pelajar sekolah ditangkap kerana berCINTA..saya tahu isu ini bukan lagi asing buat kita...malah berlaku hampir disetiap sekolah...apabila ideologi 'berCINTA selepas berKAHWIN' cuba diterapkan, ada yang mengatakan mustahil..even anak remaja yang berusia 15tahun pun mengatakan "macam mana nak kahwin kalau tak berCINTA dulu cikgu?" itulah dia luahan seorang remaja lelaki yang menyuarakan pendapatnya tatkala saya bangkitkan isu berCINTA sewaktu bersembang-sembang setelah usai membincangkan soalan sains sementara menunggu waktu pulang...saya kira pendapat itu bukan sahaja relevan bagi remaja sekolah bahkan ia juga relevan untuk hampir seluruh masyarakat dan hampir seluruh umat Islam amnya..maaf andai kata2 ini kurang tepat kerana tiada statistik yang dapat saya utarakan di sini, ia hanya sekadar pemerhatian rambang...saya juga pernah berpendapat yang sama..dan bukan kerana saya pernah gagal dalam perCINTAaan sewaktu saya belum benar2 mengenali CINTA-NYA makanya saya menyokong ideologi tersebut tapi ia didasari dengan yakin setelah saya membaca beberapa tulisan2 ulama dan mengikuti beberapa siri ceramah berkaitan CINTA..'berCINTA selepas berKAHWIN' bukanlah suatu ideologi kuno malah itulah yang dituntut ISLAM..moga Allah ampun diri ini yang pernah menduakan cintaNya.

saya agak terkesan dengan video2 yang saya jumpa di YOUTUBE..dengan rasa sebak dan air mata yang telah kering di pipi...mari kita sama2 hayati video yang ditujukan buat mereka yang sedang ber'couple' atau berhasrat ingin ber'couple'..moga dapat kita sama-sama dapat bermuhasabah diri...segalanya bermula di sini,


adakah ber'couple' itu HARAM...sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara..jawapannya YA, seandainya ia tidak didasari niat untuk berkahwin...tapi pun andai mempunyai niat untuk berkahwin, ia perlu disegerakan dan bukannya memanjangkan masa dek kerana kurangnya persediaan dari segi mental dan material..misalnya declare berCINTA sewaktu bersekolah agaknya bila pula kalian akan berKAHWIN??? secara tak langsung kalian akan ber'couple' dan akan melakukan perkara2 yang dianggap 'biasa' (dating, tengok wayang, jalan berpimpin tangan, dll)oleh masyarakat masa kini..nauzubillah..mari kita saksikan video seterusnya "5 sebab menjadikan ber'couple haram"


makanya, bagaimana dan apakah yang perlu dilakukan andai diri jatuh CINTA...cuba fahami dan selami dua video berikut...mungkin inilah yang terbaik yang boleh dilakukan oleh sang penCINTA,



kesimpulannya berDOA...

jika kalian masih belum terkesan dengan video2 yang saya kongsikan di sini...cuba kalian hayati 2 buah video berikut,



bagaimana? moga kita semua dijauhkan maksiat daripada Allah, insyaAllah...kuatkan diri, untuk katakan TIDAK pada gejolak jiwa remaja...rasa CINTA yang hadir adalah anugerah terindah daripada Allah SWT peliharalah rasa CINTA itu dan jangan dinodai dengan berCINTA sebelum kalian mendirikan rumahtangga. Uruskan rasa CINTA kalian dengan baik dan jauhkan diri daripada rakan2 yang merosakkan.

kenapa saya membuat entry ini ye??? kerana saya sayangkan adik2 remaja semua..seperti yang saya katakan di awalnya, saya bukanlah seorang yang pandai berbicara...apatah lagi memberi nasihat kerana diri sendiri pun banyak khilafnya...tapi jauh disudut hati rasa sedih sangat, ramai daripada kita yang terjerumus dengan tipu daya syaitan..sehingga sanggup meminggirkan CINTA Rasullah S.A.W dan sanggup pula menduakan CINTA Allah S.W.T...sedarlah SAYANG...bertaubatlah! bertaubatlah! bertaubatlah! sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang...Allahu Akhbar!!!!



  • wahai puteri2 Islam:
    "jadi lah apple yang cantik dan susah untuk dicapai mana2 lelaki, kecuali yang benar2 berusaha dan ikhlas mencapaimu dgn cara yang halal."

    wahai putera2 Islam:
    jadilah tonggak agama dan bukannya pemusnah bangsa. Pinanglah, Kahwinilah dan Cintailah kaum Hawa dengan cara yang halal bagimu.

Ya Allah lindungilah kami semua dari segala kemaksiatan dan ampunilah dosa-dosa kami, amin Ya Rob.

Saturday, September 17, 2011

:: Baiki Cara Solat Khas Untuk Perempuan ::

Oleh: Ustazah Hjh Siti Khadijah Din

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah…umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk “menyediakan diri” sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat…sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara tersebut, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir,penuh adab dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga

ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga

iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan kerana syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelahlengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah).

Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) ‘Iktidal - tegakkan badan semasa membaca “Sami Allahuliman hamidah…” dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca “rabbanaa lakal hamdu”

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah “penyerahan diri yg tertinggi”.

Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :

i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki

ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut “….illallahh. ..” ( “laa ilaa ha ILLALLAH”) Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya perlu diingatkan bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj.

Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akanterkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.

sumber>>
http://blogs.iium.edu.my/

sumber>>

TV9: Tanyalah Ustaz ‘Kebebasan Beramal’

Oleh Ust. DR ZULKIFLI AL BAKRI

~Nota Ringkas~


*beramal

-sedikit tetapi berpanjangan

-istiqamah dan bermujahadah

-sentiasa berusaha menambah amalan

*kenapa malas beramal

-tak tau kebaikan

-mengikut kwn2 yg tak rajin beramal(cari kwn2 yg baik)

-suasana tak mempengaruhi (selalu ke masjid)

-sebati dgn tabiat dan nafsu

*Murtad

-ia merupakan penyakit dan perlu dirawat

-disebabkan kecewa (kecewa dgn hidupnya, putus cinta, dll)

-gangguan emosi akidah dan krisis syubhah (kurang faham)

Doa Pagi

Friday, September 16, 2011

Yok! Solat Sunat Dhuha~ banyak kelebihannya



Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher


1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:


"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali


Baca doa ini selesai solat


Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


sumber>> 1. http://permai1.tripod.com/dhuha.html

2. http://ummiadam.teratakrindu.net/?p=310

Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera

Itulah temanya Hari Kemerdekan Ke-54

...Bismillah

Hari ini 16/09/2011 merupakan Sambutan Hari Malaysia, di mana 48 tahun dahulu Malaysia telah berjaya dibentuk selepas 6 tahun Tanah Melayu merdeka daripada penjajah...diri ini ingin memetik puisi merdeka daripada laman iluvislam.com

Hari ini..
Merdeka, Merdeka, Merdeka..
Dilaungkan sekuat hati..
Dengan senyuman, keriangan, kepuasan..
Tanpa tangisan.

54 tahun dahulu..
Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka..
Dilaungkan dengan penuh rasa bangga..
Tatkala ayat keramat kedengaran..
Air mata rakyat kegembiraan mengalir..
Menitis ke tanah seperti memberi sinar dan harapan..
Kepada bangsa, agama dan Negara.

Kini 54 tahun berlalu..
Segala harapan dan impian 54 tahun dulu telah dicapai..
Ku bangga melihat semua kejayaan ini..
Tapi di sebalik kejayaan masih ada kegagalan..
Adakah anak muda sekarang cukup mengerti sengsara mencapai kemerdekaan? Keperitan?
Mereka tak mengerti, mereka lupa.

Kini..
Anak-anak muda ketawa meraikan kemerdekaan..
Mereka hanya lihat merdeka ilusi semata..
Buku, gambar, video dan sedikit cerita orang tua..
Apa yang mereka rasa?
Adakah jiwa mereka merasai kesusahan, keperitan, kesengsaraan 54 tahun dahulu?

54 tahun..
Masih tidak cukup untuk mengajar erti kemerdekaan..
Di jiwa insan generasi baru..
Apa akan jadi kepada kemerdekaan kita?
Adakah ia akan berkekalan selamanya?
Sedarlah kawan-kawanku..
Carila erti kemerdekaan..
Renungkanlah kesusahan, keperitan, kesengsaraan..
Rakyat 54 tahun dulu..
Jika kamu mahu 1000 tahun
Merdeka tetap merdeka.

Diubah suai daripada sajak asal :
'50 Tahun Merdeka'
Md. RZ... Julai 07

Setelah semangat kita bangkit dengan puisi tersebut, mari kita sama2 sebagai Anak Pasca Merdeka Membina Jiwa Merdeka dengan teks yang dipetik daripada http://fauzanibrahim.wordpress.com/

Membina Jiwa Merdeka Berasaskan Hadith Jibril

Ketika Rasulullah duduk bersama Umar dan sahabat-sahabat yang lain, datang seorang lelaki yang putih pakaiannya dan hitam rambutnya lantas merapati Rasulullah. Pada saat itu, lelaki tersebut bertanyakan hal Islam, Iman, Ihsan dan as-Sa’ah. Ini terakam dalam Hadith 40 Imam Nawawi pada hadith ke-2 yang menjadi asas kepada jawapan Rasulullah: ” Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.”

Jika diperhatikan secara mendalam kandungan hadith tersebut – yang menjadi ajaran agama – sudah tentu kita juga ingin mengetahui apakah kaitan kemerdekaan dengan hadith Jibril ini lantaran agama yang datang pada zaman Rasul adalah untuk memerdekakan ibadah sesama manusia kepada mengibadati Allah. Bagaimanakah sambutan Hari Kemerdekaan ke-50 relevan dengan hadith ini?

Sudah tentu, dalam melihat dan menghayati kemerdekaan ini, unsur Islam, Iman dan Ihsan ini perlu diterjemahkan kepada ruh yang tepat. Apakah yang terkandung dalam rukun Islam? Ia berkaitan dengan hubungan horizontal sesama makhluk. Boleh sahaja seseorang itu beriman kepada Allah dan tidak pernah mengucapkan dua kalimah syahadah pada mulutnya. Namun kerana ada hubungan sesama manusia ( hablum-minan- naas) yang perlu diambil kira dalam menguruskan hal dunia, kalimah syahadatain ini perlu dinyatakan dengan kata-kata bagi yang berkemampuan.

Melihat kepada perspektif ini, sememangnya ada beberapa perkara yang perlu ditekankan sempena kita menyambut hari kemerdekaan untuk sama-sama dijadikan pedoman.

Rukun Islam dan Merdeka

Dua kalimah syahadah – Apabila disebutkan dua kalimah syahadah, kita perlu menyatakan dengan jelas dan terang apakah akidah yang tersimpul dalam hati manusia. Akidah kita perlu menuju kepada kemerdekaan daripada menghambakan diri sesama manusia kepada menghambakan diri kepada Allah. Sebagaimana dalam puisi Mencari Damai Abadi oleh Perdana Menteri kelima Malaysia, ada ketenangan dengan menjadikan Rabb (Tuhan-Allah) sebagai teman dan wali.

Solat – Dengan latihan harian 5 kali sehari ini, jiwa kita akan merdeka daripada kekangan dunia kepada produktiviti serta kecemerlangan di dunia serta akhirat. Individu yang bersolat akan berdisiplin, menjaga makanan minuman, adab pergaulan, menguruskan masa dengan baik dan banyak kesan lain. Jiwa merdeka perlu mempunyai sifat ini.

Puasa – Lambaian dunia memang menggiurkan apatah lagi ketika dunia diserang dengan budaya hedonisme dan materialisme sebagai refleks mentaliti berfikir yang amat lemah. Hanya jiwa dan mental yang mapan berasaskan iman mampu menghargai sesuatu yang mencakupi dimensi lebih jauh seperti nikmat syurga dan azab neraka. Puasa wajar menjadi elemen yang melonjakkan sensitiviti dan keprihatinan kepada dimensi lebih jauh kerana bagi individu yang kenyang, beliau tidak akan mampu merasai derita kelaparan. Jiwa merdeka mempunyai jiwa yang sensitif – bukan berbuat apa sahaja kerana mana mungkin dianggap merdeka jiwa seseorang yang masih melutut di tepi pinggan bergelak tawa padahal ada jiran lain yang kelaparan. Jiwa merdeka tidak terjajah dengan makanan sedap serta kerusi empuk serta sirap limau yang sejuk.

Zakat – Dengan mengeluarkan zakat, musnahlah kekotoran dalam harta dan merdekalah tuan milik daripada hutang kepada yang berhak menerima bahagian zakat. Ia laksana kita terambil lebih mengambil makanan di satu jamuan yang besar – maka sewajarnya kita mengembalikan semula kepada yang berhak. Jiwa merdeka adalah jiwa yang amanah mengembalikan hak kepada empunya dan bukan sekadar buat tidak tahu.

Haji – Dengan memahami ruh haji ini, tidak akan layak seseorang itu ke bumi Mekah jika beliau tidak berkemampuan dari sudut ekonomi dan persediaan diri. Jiwa yang merdeka adalah individu yang merdeka ekonominya dan tidak sekadar mengharapkan individu lain menjadi sumber rezeki tetapi meletakkan kebergantungan yang amat tinggi kepada Allah. Persediaan diri ke haji memberi implikasi bahawa sifat kemandirian perlu melatari kehidupan jiwa individu yang merdeka. Dengan memahami konsep ini, individu merdeka akan berusaha bersungguh-sungguh dengan tawakal yang amat tinggi agar jiwa tidak terikat dengan individu tertentu yang nantinya akan menghilangkan fokus mengabdikan diri kepada Allah.

Rukun Iman dan Merdeka

Jika rukun Islam sudah menjelaskan banyak ciri jiwa yang merdeka, maka rukun iman yang menyentuh aspek vertikal lebih-lebih lagi menaik-tarafkan jiwa merdeka agar apa yang dilaksanakan mempunyai dimensi lebih luas – bukan sekadar sesama manusia.

Beriman kepada Allah – jiwa merdeka akan merujuk kepada Pencipta alam ini sahaja untuk mencari keredaan dan bukannya masih merujuk kepada sesama manusia hatta menyentuh pada aspek perundangan dan kehidupan seharian. Apabila seseorang berpegang kepada ajaran selain daripada Allah, ia masih lagi terbelenggu dengan budaya fikir manusia yang jumud dan terhad. Jiwa begini masih tidak merdeka kerana berpaksikan undang-undang manusia yang mempunyai keterbatasannya.

Beriman kepada Malaikat- Jiwa merdeka sentiasa bersama makhluk lain untuk melaksanakan tugas terbaik sebagai khalifah. Malaikat adalah ‘penasihat’ bagi jiwa merdeka sehinggakan apa-apa sahaja yang bersalahan dengan tujuan Pencipta mencipta manusia, individu tersebut akan membetulkannya.

Beriman kepada Kitab – Dalam menempuh kehidupan seharian, jiwa merdeka akan meletakkan manual kehidupan berasaskan apa yang paling lurus dan singkat. Jalan yang lurus, sebagaimana dinyatakan dalam surah al-Fatihah, adalah jalan yang paling singkat dan cepat – sebagaimana dinyatakan oleh Muhammad al-Ghazali dalam The Thematic Commentary of al-Quran. Apabila manusia memilih jalan lain, ia bersifat bengkang-bengkok dan lambat sampai ke destinasi kebahagiaan di dunua dan akhirat.

Beriman kepada Rasul – Jika kita merayakan hari kemerdekaan bagi pejuang yang berkorban selama 470 tahun ini, kita seharusnya menghargai perjuangan insan terdahulu dalam menegakkan kemerdekaan dan kebenaran. Jiwa merdeka mempunyai model ikutan yang telah terbukti kejayaannya sepanjang sejarah sehingga diakui oleh tokoh seperti Bernard Shaw dan Michael Hart. Siapakah model ikutan jiwa merdeka? Sudah tentu Rasul yang berjuang sepanuh hati untuk menegakkan keamanan bagi manusia.

Beriman kepada hari Akhirat – Jiwa merdeka memandang masa depan yang ceria dan gemilang, bukan sekadar 2020 tetapi menjangkau hari akhirat. Tidak ramai yang mampu menghargai hari akhirat kerana ia tidak jelas kelihatan. Namun benarkah 2020 pasti wujud jika hari akhirat disangsikan?

Beriman kepada qadha’ qadar­ – Apa yang baik dan buruk datang dari Tuhan kerana semuanya adalah di bawah tadbir Ilahi. Oleh itu, bagi jiwa merdeka, individu ini akan sentiasa bersyukur dan berusaha sedaya upaya dalam menyelesaikan cabaran. Jika jiwa ini sentiasa tertekan dan tidak pasti ke manakah perlu dihadapkan wajahnya ketika bermasalah, ia masih belum merdeka. Memanglah manusia menghadapi masalah, tetapi jiwa merdeka akan cepat menyelesaikannya dengan bantuan Pencipta Yang Agung.

Rukun Ihsan dan Merdeka

Apabila kita menyelusuri rukun ihsan – engkau beribadat sebagaimana engkau nampak Allah, atau jika tidak, engkau sedar Allah nampak amalan kamu – ia membawa kepada konsep itqaan atau bersungguh-sungguh. Hidup yang penuh kesungguhan dan semangat akan menjadikan hidup benar-benar merdeka. Kemerdekaan Malaysia yang ke 54 ini adalah hasil kesungguhan kerana tiada siapa yang mampu melaungkan semangat di tengah hujanan bom dan peluru komunis serta penjajah. Adalah amat penting jiwa merdeka memastikan kita bersifat ihsan dengan takrid kita menuju Allah.

Kesimpulannya, kandungan hadith Jibril ini amat besar bagi setiap insan yang ingin membina negara Malaysia yang berjiwa merdeka. Kitalah generasi jiwa merdeka yang diharapkan.

Negara kita Malaysia telah merdeka. Transformasi negara juga berjaya dibentuk, insyaAllah. Bagaimana pula dengan kita? adakah jiwa jita telah merdeka? adakah iman kita telah merdeka? adakah kita telah merdeka daripada belenggu syaitan? adakah transformasi diri telah berjaya dibentuk? sama2 lah kita renung-renungkan...wallahua'lam..moga kita semua bersyukur dengan nikmat dan rahmatNya di atas kemerdekaan yang dikecapi hari ini dan moga diri kita merdeka daripada sifat-sifat negatif, insyaAllah. Barakallah feekum. Amin.

Thursday, September 15, 2011

~selepas cuti MERDEKARAYA~

Bismillah

Perjalanan
02/09 sampai KLIA lebih kurang pukul 12 tengah hari kalau tak silap..tunggu beg, gedebak-gedebuk sampai ke Sri Kembangan rumah anyah lebih kurang pukul 2pm...selesai menunaikan solat zohor, kemas rumah sikit2 pastu terlelap sekejap..penat emosi sebenarnya, 3 beradik tu menangis..yang si abang menangis, mengamuk ala histeria dalam flight "nak ibu!!! nak ibu!! ibu!!!!!"...adam duduk ngan kami berdua..dia mengamuk sebab tak dapat duduk dengan ibunya sebab pramugari tak bagi satu baris tu 5 orang..diaorg ngamuk masa kapal terbang nak berlepas & masa kapal terbang mendarat...diaorg takut dan sakit telinga sebenarnya, sian kat diaorg ni..tapi tu lah hilang kawalan gak kita yang dewasa ni dengan gelagat diaorg..astaghfirullah, moga Allah ampun dosa2 kami yang dewasa ini yang kurang memahami emosi kanak2 dan moga kami lebih sabar dan berilmu dalam menangani situasi-situasi sedemikian..walaupun kami maklum yang semua penumpang2 lain juga maklum yang itu merupakan situasi biasa apabila kanak2 menaiki kapal terbang, tapi perasaan malu itu tetap wujud...bak kata ira, my youngest sister "kita pakai topeng tahan malu, tebalkan je muka" lepas tu kami ketawa bersama-sama..kata bijak pandai, ketawa dapat menghilangkan marah, insyaAllah..biasa la kan, kalau budak menjerit-jerit camtu kita nak dia diam, bila dipujuk lagi menjerit, perasaan marah mula menerjah...tapi kan, time makan adam elok je makan dengan gembiranya..pastu masa nak landing, dia jadi lagi!!!...makanya di kala itu, ketawa je la penawarnya, hehe..okeh, sambung balik cerita terlelap tadi...terjaga lebih kurang pukul 4pm, lunch (wan, my brother in law beli lauk) almaklum la semuanya keletihan, larat masak nasi je..lepas asar diri ini dengan anyah keluar kejap..esoknya 03/09 lebih kurang pukul 10.30am bertolak ke SP..esok paginya selepas subuh plak 04/09 macam biasa bertolak ke sekolah...bila dah mula keje, banyak la perkara yang perlu dibuat..keje yang paling utamanya minggu tu adalah menanda kertas percubaan SPM..

minggu yang mencabar
sejurus selepas balik daripada beraya, badan terlalu lemah...mungkin sebab terlalu penat dengan perjalanan, fikir diri ini..langsung tak bleh nak fokus menanda kertas peksa tu..sepanjang minggu tu (04-08/09) badan lemah sangat, rasa letih yang teramat sangat, mengantuk yang teramat sangat, sungguh mencabar..mana tak nya, amanah yang diberikan perlu diselesaikan, kena masuk kelas mengajar seperti biasa...syukur, segala puji bagi Allah yang memudahkan semua urusan..kemuncaknya adalah pada hari Khamis, masa ni badan dah tak tertanggung..masa ni la baru terfikir, ini mungkin tindak balas proses nyahtoksin...Allahu Akhbar, betul la..minggu tu memang la baru mula ambil supplement..dah lama tak ambil, patut la badan ni teruk sangat rasanya..malam tu demam..lepas makan 2 biji vitamin C, tido...alhamdulillah, dengan izinNya dan rahmatNya badan ni kian pulih..cuti 2 hari tu merupakan proses recover...kertas takleh ditanda gak..hari Ahad 11/09 merupakan hari dateline tuk masukkan markah..makanya dengan keadaan badan yang semakin pulih, kertas peksa yang tertangguh tu dapat la ditanda..tapi tak jugak dapat disiapkan pada hari tersebut..ada gak kawan2 lain pun yang masih belum siap lagi..almaklum la cuti raya, banyak la kekangan yang menghalang keje2 tersebut tuk dilunaskan..ada gak beberapa org yang demam seperti diri ini..akhirnya markah dapat diisi pada pagi 13/09 , alhamdulillah..

dugaan
selesai je mengisi markah ke dalam sistem, maka proses menganalisis markah peperiksaan pun bermula..analisis berjaya disiapkan pada hari itu jugak, alhamdulillah..tapi diri ini diduga lagi, kesemua analisis perlu dibuat semula pada pagi 14/09..dengan rahmatNya dan kerjasama sesama rakan sekerja, semuanya berjaya disiapkan pada hari tu jugak, syukur Ya Allah...

kerja yang tak pernah habis
pagi 15/09, sampai je ke sekolah terus ke koperasi untuk binding 4 buku analisis..selesai sarapan, analisis diserahkan kepada bos...pagi ni sekolah mengadakan SAMBUTAN MERDEKARAYA, sepatutnya diri ini bersama-sama pelajar memeriahkan majlis, tak pun bersama-sama rakan lain, menyediakan juadah buat anak didik semuanya..tapi semuanya perlu diketepikan, ada lagi satu keje yang perlu di emailkan hari ni jugak kepada JPN..ada kawan menyapa "hari ni pun, sibuk keje gak ke, kak wada?"..hehe, camtu la nampaknya..maklum la kan, sebelum ni sibuk dengan keje2 lain...sambil2 buat keje tu, dapat gak la mendengar riuh-rendah anak didik di dewan dengan persembahan daripada rakan2 mereka, meriah sungguh...hati digigit-gigit tuk sama2 merasakan kemeriahannya, tapi amanah keje perlu didahulukan...alhamdulillah, selesai sahaja majlis, keje tersebut berjaya di email kepada pihak berkenaan..next week (19-22/09) diri ini tak perlu mengajar, sebaliknya belajar..belajar kaedah menulis laporan projek di IAB, insyaAllah..itu la, keje tak pernah habis kan? kata ulama' kerja adalah ibadah', ibadah mana pernah habis kan? selagi kita tak menutup mata, selagi kita tak meninggalkan dunia ini...wallahua'lam...moga diri ini diberikan kekuatan oleh Yang Maha Kuasa tuk melunaskan semua amanah yang diberkan, amin...

Jika Ingin........

Ulama' menyatakan , sekiranya kita ingin berbicara dengan Allah, tunaikanlah solat. Jika kita mahu Allah berbicara dengan kita, bacalah Al-Quran dan jika kita ingin mengetahui rahsia Allah, lawatilah kawasan perkuburan, mudah-mudahan kita mendapat iktibar darinya.

CINTA KEPADA PASANGAN ADALAH CINTA BERSEBAB BUKAN TIADA SEBAB!


Cinta kita kepada pasangan bukan cinta sejati tetapi sebenarnya ialah cinta bersebab. atas sebab-sebab inilah yang menyebabkan kita menyukai pasangan kita dan juga inilah faktor yang menyebabkan kecintaan kita kepada pasangan kita hilang. perlu saya nyatakan di sini bahawa menyintai seseorang atas sebab sebab tertentu adalah tidak salah bahkan merupakan perkara umum yang dilakukan tetapi cuba dinafikan.

bahkan rasulullah juga sendiri memberitahu bahawa cinta kita adalah cinta BERSEBAB melalui hadith baginda:

"Wanita dinikahi karena empat faktor. Karena hartanya, nasabnya, kecantikannya, dan karena agamanya. Maka, menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung" Al-Hafidz Abi Abdillah Muhammad bin Yazid al-Qazwini bin Majah, Sunan Ibn Ma>jah, Juz I (Beirut: Da>r al-Ih}ya>’ at-Tura>s\ al-’Arabi>, 1395 , hlm. 597.

di sini rasulullah menyenaraikan sebab-sebab yang membawa kepada pemilihan pasangan. rasulullah tidak menafikan kriteria yang digunakan untuk memilih pasangan. cuma nasihat rasulullah agar agama dijadikan sebab utama dalam memilih pasangan kerana ia pasti akan membawa kebahagiaan.

satu hadith rasulullah "jangan mengahwini wanita kerana rupa paras yang cantik, mungkin rupa paras itu membawa kehancuran. jangan mengahwini wanita itu kerana hartanya kerana harta itu membawa kepada kezaliman. tetapi kahwinilah wanita itu kerana agamanya. seorang wanita hitam yang menghayati agamanya adalah lebih baik". (ibnu majah).

hatta imam ghazali sendiri menetapkan beberapa kriteria seseorang wanita itu dikahwini:*

::kesimpulan penting bagi cinta sejati::

jangan silap faham. saya bukan berkata jangan mencintai manusia. menyintai dan menyukai manusia yang lain adalah hal yang disuruh. yang dilarang di sini ialah menyintai seseorang dengan membabi buta dan terlalu terpengaruh dengan perasaan. hingga merasakan kebahagian itu hanyalah denga si dia.
ini mengingkari hadith:

“Tiga hal yang barang siapa dalam dirinya terdapat tiga hal ini, dia pasti menemukan manisnya Iman: (1) Kalau Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selainnya, (2) Kalau dia mencintai seseorang, tidaklah dicintainya melainkan kerana Allah, (3) Dan kalau dia benci kembali kepada kekufuran seperti kebenciannya jika dicampakkan ke dalam api”. Hadits riwayat Bukhari dan Muslim

Dari Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Kamu tidak beriman sebelum aku lebih dicintai daripada anaknya, orang tuanya dan manusia seluruhnya”.Hadits riwayat Bukhari dan Muslim

Barangsiapa memberi karena Allah, menolak karena Allah, mencintai karena Allah, membenci karena Allah, dan menikah karena Allah, maka sempurnalah imannya. (HR. Abu Dawud)

menyintai manusia secara keterlaluan melebihi cinta kepada Allah juga mengingkari tauhid uluhiyyah. saya akan jelaskan secara ringkas tentang iktikad ini. orang melayu menafsirkan ILAH sebagai tuhan. apabila kita menyebut la ILAH illallah maka kita tafsirkan sebagai tiada TUHAN melainkan Allah. ini adalah penafsiran yang betul. walaubagaimanapun ILAH membawa maksud yang luas.

antara maksud ILAH ialah:

tumpuan pengibadatan
pemberi rezeki
sumber perundangan
tempat kecintaan

jadi bila disebut la ilahaillallah itu juga bermaksud:

tiada tumpuan pengibadatan melainkan Allah
tiada pemberi rezeki melainkan Allah
tiada sumber perundangan melainkan Allah
tiada tempat kecintaan melainkan Allah

kecintaan kepada yang lain hanyalah kerana Allah. kita menyintai ibu bapa kita kerana Allah. kita menyintai pasangan kita adalah kerana Allah. jika pasangan kita tidak mengikut suruha Allah maka kita tidak akan menyintainya. ini berlawanan dengan konsep cinta sejati yang meletakkan cinta kepada kekasih sebagai tempat yang paling atas. kalau kita biasa mendengar lirik lagu atau skrip filem hindustan, kita akan dapat melihat bagaimana konsep cinta agung kepada kekasih itu diagung-agungkan hingga ke tahao yang tidak masuk akal.

::konsep cinta sejati menyebabkan kita bercinta sebelum berkahwin::

mitos cinta sejati ini telah mendatangkan masalah yang tidak disedari oleh ramai orang. sebelum kita dijajah dan kemasukkan budaya asing secara berleluasa melalui filem atau drama, pencarian pasangan bagi masyarakat Islam adalah berbeza. anak-anak dara tidak bebas keluar mengikut jantan spertimana sekarang sampai jam 2-3 pagi masih lagi kelihatan di restoran-restoran.

pencarian jodoh pada ketika itu diuruskan oleh pihak keluarga sama ada si ayah atau si ibu. jodoh yang diatur membawa kepada kebahagiaan hingga ke anak cucu. yang peliknya di zaman ini di mana pasangan memiliki kebebasan mencari jodoh masing-masing, kadar perceraian dan masalah rumah tangga berada pada tahap yang membimbangkan.

mitos cinta sejati ini telah membawa kepada budaya melakukan percubaan atau membeli belah cinta. adakah dia cinta sejatiku? maka berlakulah pertukaran pasangan untuk tujuan 'merasa' cinta atau lebih dari itu. bertukar pasangan semudah monyet melompat dari satu dahan ke dahan yang lain. maka dalam proses ini ramailah yang kecundang di pintu cinta, yang dara kehilangan daranya, anak haram dibunuh dan dilempar ke dalam longkang (lebih teruk dari arab jahiliyyah), perempuan hilang benteng pertahanan terakhir iaitu malunya, maruah jatuh nilai seperti barangan komoditi. yang paling terjejas dalam proses mencari cinta ialah kaum hawa sedangkan kaum adam memperolehi nikmatnya.

(artikel copy from baitulmuslim)

Sumber : http://www.facebook.com/notes/mas-alieya/cinta-kepada-pasangan-adalah-cinta-bersebab-bukan-tiada-sebab/440556938740

Aspek-aspek Ibadat

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.”

Riwayat ad-Dailani


Huraian
i) Islam menyediakan suatu jalan yang sempurna untuk manusia beribadat.Di mana setiap aspek ibadat bersesuaian dengan kekuatan dan keupayaan yang ada pada seseorang.
ii) Ibadat bukan hanya himpunan amal seperti sembahyang, puasa, haji, doa dan sumpamanya tetapi apa jua perkara yang dilakukan dengan niat atau tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
iii) Ibadat terbahagi kepada 4 aspek iaitu:
a) ibadat akal-ia dicapai dengan cara berfikir, merenung, mengkaji sesuatu makhluk Allah serta memerhatikan keindahan dan keagungan ciptaan Allah S.W.T.
b) Ibadat jiwa- ia dilakukan dengan adanya sifat khusyuk, tawakkal, redha terhadap qadha dan qadar, bersyukur, ikhlas, cinta, belas kasihan, al-khauf (takut) dan raja’ (mengharap). Tanpa sifat-sifat ini maka sesuatu ibadat itu dikatakan ibadat yang mati dan tidak diterima oleh Allah S.W.T.
c) Ibadat badan – iaitu segala amalan anggota tubuh termasuklah segala gerak-geri seperti mata, telinga, mulut, hidung, kaki, tangan dan sebagainya. Termasuk juga segala perkataan dan perbuatan.
d) Ibadat harta- iaitu dengan cara mengeluarkan zakat, mengerjakan haji, memberi nafkah dan mengorbankan harta fi sabilillah, bersedekah, dan menyediakan kemudahan untuk orang ramai (wakaf).

Saturday, September 10, 2011

Perkongsian Ilmu bersama Mak

"Along camna?"tanya mak.."kurang sihat sikit la, mak..dah makan ubat, esok lusa baik la ni, insyaAllah"balas diri ini..."kalau mak mesti takyah makan ubat kan? biar baik sendiri...hehe.." saje gurau ngan mak, sebab mak memang tak suka makan ubat..."Along tau tak? Kata ustaz, dlm program Tanyalah Ustaz..kalau kita sakit, perkara pertama yang kita perlu buat bukanlah jumpa doktor, makan ubat"...minda ini ligat berfikir sambil menunggu mak menyambung bicaranya lagi di hujung talian..."perkara pertama yang perlu kita buat adalah berjumpa Allah, memohon kepada Allah untuk menyembuhkan penyakit kita tu, dirikan solat sunat 2 rakaat..kemudian baru la berjumpa doktor"sambung mak..."emm..betul la kan..kiranya lepas berdoa kepada Allah kena la ikhtiar dengan ubat kan mak? hehe"saja gurau ngan mak lagi...."iye..kalau teruk sangat mak makan la ubat..dan mak selalu berdoa supaya kita semua dijauhkan daripada penyakit2 kronik" balas mak..."insyaAllah, amin" pastu macam selalu..banyak la lagi butir bicara kami di petang itu..

*****************
betul la kan...kita ni bila sakit skit..yang pertama kita ingat UBAT, KLINIK..patutnya ingat ALLAH, penyembuh segala penyakit...ringankan mulut untuk mengungkapkan doa dan ringankan badan untuk menunaikan solat sunat, solat hajat...lepas tu baru la kita ke klinik makan ubat...insyaAllah, Allah akan ringankan penyakit kita..terima kasih mak di atas perkongsian ilmu tadi..moga kita sama2 dapat amalkannya..

Thursday, September 8, 2011

Aidilfitri 1432H / 2011M

Destinasi Aidilfitri tahun ni Kuching, Sarawak.

rumah kuarters ni sekali pandang cam surau, tapi best...syukur, segala puji bagi Allah dapat juga kami sekeluarga berkumpul di hari kemenangan, 1 Syawal.

Gelagat Syawal
dimeriahkan dengan 3 orang kanak-kanak (tapi cam 10 orang..hehe)
Tok Abah & Mak Pah nak ambil gambar raya bersama cucu-cucunya, puas la memujuk..almaklum la semuanya tak leh dok diam walaupun seminit..yang si abg dah jadi tenggiling kata Mak Pahnya..Aqil cuba melepaskan diri..Aqif plak buat muka kesian, cari ibunya..


"jangan lari, nanti jatuh" ucap achik yang dah tak larat mengejar

"saya nak main lari-lari la, lepaskan saya" kata Aqif

bermain-main bersama abang adam

kembar ni cam upin & ipin masa kecil je lagaknya, ahaks :)
kerusi pun jadi barang mainan

di rumah terbuka, kawan mak abah..

adam, aqil & aqif tidak melepaskan peluang bermain gelungsur di salah sebuah rumah yang dikunjungi
Adam dengan gayanya tersendiri..

OPEN HOUSE
ada rezeki lebih skit, Abah & mak buat rumah terbuka..alhamdulillah..

abah mak sibuk melayan tetamu
diri ini plak, sibuk melayan diri..hehe..my favourite 'daging masak hitam, Sarawak'..sekali cuba, pasti nak lagi berkali-kali..nyum..nyum..

tetamu terakhir, Zurin (sepupu kami) bersama suami dan anaknya serta kawannya...kami je la keluarga yang tak dapat balik berkumpul di Bagan Dato'..tapi masih dapat beraya bersama di Kuching, alhamdulillah..


GAMBAR KELUARGA - Raya ke-2
puas merancang nak ambil kat studio, tapi tak berkesempatan..akhirnya dapat juga ambil sendiri gambar keluarga pada raya ke-2...

Jalan2 @ Kuching- Raya ke-3
perjalanan dimulakan di Patung Kucing

perjalanan diteruskan sepanjang Sungai Sarawak...
bebudak tu baru lepas ngamuk masa makan aiskrim..masa ni kami dah letih melayan kerenah bebudak, baru 1/3 perjalanan..huhu

misi diteruskan ke kedai cenderamata..
anyah dukung aqil, melangkah laju ke kedai baju, ternampak tanda SALE 80%
achik plak kokkong aqif sambil melangkah laju ke kedai

Berangkat Pulang- Raya ke-4

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...