Sunday, September 18, 2011

CINTA



~assalamualaikum~

Apa yang cuba diketengahkan kali ini adalah sesuatu yang amat berat sekali..amat payah sekali untuk saya memulakan bicara..tak tau macam mana ia harus dimulakan dan tak tau juga bagaimana ia harus diakhiri..sebelum kita pergi lebih jauh ingin saya memohon maaf andainya ada salah dan silap pada entry kali ini..sesungguhnya segala yang baik adalah daripada Allah S.W.T dan andai ada salah dan silap ia adalah daripada kelemahan dan kesilapan diri ini sendiri. wallahu a'lam

saya hanya insan lemah yang cetek ilmu sama ada duniawi mahu pun ukhrawi..Allahu akhbar...almaklumlah saya bukan seorang ustazah dan hanya mempelajari Pendidikan Islam setakat SPM je...takut nanti seperti ketam mengajar anaknya berjalan pula..Ya Allah, bimbinglah hambaMu yang lemah lagi hina ini...bismillahirrahmanirrahim..isu yang ingin diketengahkan adalah CINTA??? Entry kali ini saya tujukan khas buat anak didik yang dikasihi, remaja2 dan kepada semua amnya..saya bukan seorang yang pandai berbicara, moga dengan apa yang dikongsi dapat meyedarkan para remaja dan yang dewasa terutamanya ibubapa agar dapat mendidik sebaiknya generasi masa depan ini....

saya terpanggil untuk menulis entry ini, kerana bimbang dengan remaja masa kini yang terus hanyut ditelan CINTA...2-3 minggu lepas, beberapa org pelajar sekolah ditangkap kerana berCINTA..saya tahu isu ini bukan lagi asing buat kita...malah berlaku hampir disetiap sekolah...apabila ideologi 'berCINTA selepas berKAHWIN' cuba diterapkan, ada yang mengatakan mustahil..even anak remaja yang berusia 15tahun pun mengatakan "macam mana nak kahwin kalau tak berCINTA dulu cikgu?" itulah dia luahan seorang remaja lelaki yang menyuarakan pendapatnya tatkala saya bangkitkan isu berCINTA sewaktu bersembang-sembang setelah usai membincangkan soalan sains sementara menunggu waktu pulang...saya kira pendapat itu bukan sahaja relevan bagi remaja sekolah bahkan ia juga relevan untuk hampir seluruh masyarakat dan hampir seluruh umat Islam amnya..maaf andai kata2 ini kurang tepat kerana tiada statistik yang dapat saya utarakan di sini, ia hanya sekadar pemerhatian rambang...saya juga pernah berpendapat yang sama..dan bukan kerana saya pernah gagal dalam perCINTAaan sewaktu saya belum benar2 mengenali CINTA-NYA makanya saya menyokong ideologi tersebut tapi ia didasari dengan yakin setelah saya membaca beberapa tulisan2 ulama dan mengikuti beberapa siri ceramah berkaitan CINTA..'berCINTA selepas berKAHWIN' bukanlah suatu ideologi kuno malah itulah yang dituntut ISLAM..moga Allah ampun diri ini yang pernah menduakan cintaNya.

saya agak terkesan dengan video2 yang saya jumpa di YOUTUBE..dengan rasa sebak dan air mata yang telah kering di pipi...mari kita sama2 hayati video yang ditujukan buat mereka yang sedang ber'couple' atau berhasrat ingin ber'couple'..moga dapat kita sama-sama dapat bermuhasabah diri...segalanya bermula di sini,


adakah ber'couple' itu HARAM...sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara..jawapannya YA, seandainya ia tidak didasari niat untuk berkahwin...tapi pun andai mempunyai niat untuk berkahwin, ia perlu disegerakan dan bukannya memanjangkan masa dek kerana kurangnya persediaan dari segi mental dan material..misalnya declare berCINTA sewaktu bersekolah agaknya bila pula kalian akan berKAHWIN??? secara tak langsung kalian akan ber'couple' dan akan melakukan perkara2 yang dianggap 'biasa' (dating, tengok wayang, jalan berpimpin tangan, dll)oleh masyarakat masa kini..nauzubillah..mari kita saksikan video seterusnya "5 sebab menjadikan ber'couple haram"


makanya, bagaimana dan apakah yang perlu dilakukan andai diri jatuh CINTA...cuba fahami dan selami dua video berikut...mungkin inilah yang terbaik yang boleh dilakukan oleh sang penCINTA,



kesimpulannya berDOA...

jika kalian masih belum terkesan dengan video2 yang saya kongsikan di sini...cuba kalian hayati 2 buah video berikut,



bagaimana? moga kita semua dijauhkan maksiat daripada Allah, insyaAllah...kuatkan diri, untuk katakan TIDAK pada gejolak jiwa remaja...rasa CINTA yang hadir adalah anugerah terindah daripada Allah SWT peliharalah rasa CINTA itu dan jangan dinodai dengan berCINTA sebelum kalian mendirikan rumahtangga. Uruskan rasa CINTA kalian dengan baik dan jauhkan diri daripada rakan2 yang merosakkan.

kenapa saya membuat entry ini ye??? kerana saya sayangkan adik2 remaja semua..seperti yang saya katakan di awalnya, saya bukanlah seorang yang pandai berbicara...apatah lagi memberi nasihat kerana diri sendiri pun banyak khilafnya...tapi jauh disudut hati rasa sedih sangat, ramai daripada kita yang terjerumus dengan tipu daya syaitan..sehingga sanggup meminggirkan CINTA Rasullah S.A.W dan sanggup pula menduakan CINTA Allah S.W.T...sedarlah SAYANG...bertaubatlah! bertaubatlah! bertaubatlah! sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang...Allahu Akhbar!!!!



  • wahai puteri2 Islam:
    "jadi lah apple yang cantik dan susah untuk dicapai mana2 lelaki, kecuali yang benar2 berusaha dan ikhlas mencapaimu dgn cara yang halal."

    wahai putera2 Islam:
    jadilah tonggak agama dan bukannya pemusnah bangsa. Pinanglah, Kahwinilah dan Cintailah kaum Hawa dengan cara yang halal bagimu.

Ya Allah lindungilah kami semua dari segala kemaksiatan dan ampunilah dosa-dosa kami, amin Ya Rob.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...