Bismillah
Perjalanan
02/09 sampai KLIA lebih kurang pukul 12 tengah hari kalau tak silap..tunggu beg, gedebak-gedebuk sampai ke Sri Kembangan rumah anyah lebih kurang pukul 2pm...selesai menunaikan solat zohor, kemas rumah sikit2 pastu terlelap sekejap..penat emosi sebenarnya, 3 beradik tu menangis..yang si abang menangis, mengamuk ala histeria dalam flight "nak ibu!!! nak ibu!! ibu!!!!!"...adam duduk ngan kami berdua..dia mengamuk sebab tak dapat duduk dengan ibunya sebab pramugari tak bagi satu baris tu 5 orang..diaorg ngamuk masa kapal terbang nak berlepas & masa kapal terbang mendarat...diaorg takut dan sakit telinga sebenarnya, sian kat diaorg ni..tapi tu lah hilang kawalan gak kita yang dewasa ni dengan gelagat diaorg..astaghfirullah, moga Allah ampun dosa2 kami yang dewasa ini yang kurang memahami emosi kanak2 dan moga kami lebih sabar dan berilmu dalam menangani situasi-situasi sedemikian..walaupun kami maklum yang semua penumpang2 lain juga maklum yang itu merupakan situasi biasa apabila kanak2 menaiki kapal terbang, tapi perasaan malu itu tetap wujud...bak kata ira, my youngest sister "kita pakai topeng tahan malu, tebalkan je muka" lepas tu kami ketawa bersama-sama..kata bijak pandai, ketawa dapat menghilangkan marah, insyaAllah..biasa la kan, kalau budak menjerit-jerit camtu kita nak dia diam, bila dipujuk lagi menjerit, perasaan marah mula menerjah...tapi kan, time makan adam elok je makan dengan gembiranya..pastu masa nak landing, dia jadi lagi!!!...makanya di kala itu, ketawa je la penawarnya, hehe..okeh, sambung balik cerita terlelap tadi...terjaga lebih kurang pukul 4pm, lunch (wan, my brother in law beli lauk) almaklum la semuanya keletihan, larat masak nasi je..lepas asar diri ini dengan anyah keluar kejap..esoknya 03/09 lebih kurang pukul 10.30am bertolak ke SP..esok paginya selepas subuh plak 04/09 macam biasa bertolak ke sekolah...bila dah mula keje, banyak la perkara yang perlu dibuat..keje yang paling utamanya minggu tu adalah menanda kertas percubaan SPM..
minggu yang mencabar
sejurus selepas balik daripada beraya, badan terlalu lemah...mungkin sebab terlalu penat dengan perjalanan, fikir diri ini..langsung tak bleh nak fokus menanda kertas peksa tu..sepanjang minggu tu (04-08/09) badan lemah sangat, rasa letih yang teramat sangat, mengantuk yang teramat sangat, sungguh mencabar..mana tak nya, amanah yang diberikan perlu diselesaikan, kena masuk kelas mengajar seperti biasa...syukur, segala puji bagi Allah yang memudahkan semua urusan..kemuncaknya adalah pada hari Khamis, masa ni badan dah tak tertanggung..masa ni la baru terfikir, ini mungkin tindak balas proses nyahtoksin...Allahu Akhbar, betul la..minggu tu memang la baru mula ambil supplement..dah lama tak ambil, patut la badan ni teruk sangat rasanya..malam tu demam..lepas makan 2 biji vitamin C, tido...alhamdulillah, dengan izinNya dan rahmatNya badan ni kian pulih..cuti 2 hari tu merupakan proses recover...kertas takleh ditanda gak..hari Ahad 11/09 merupakan hari dateline tuk masukkan markah..makanya dengan keadaan badan yang semakin pulih, kertas peksa yang tertangguh tu dapat la ditanda..tapi tak jugak dapat disiapkan pada hari tersebut..ada gak kawan2 lain pun yang masih belum siap lagi..almaklum la cuti raya, banyak la kekangan yang menghalang keje2 tersebut tuk dilunaskan..ada gak beberapa org yang demam seperti diri ini..akhirnya markah dapat diisi pada pagi 13/09 , alhamdulillah..
dugaan
selesai je mengisi markah ke dalam sistem, maka proses menganalisis markah peperiksaan pun bermula..analisis berjaya disiapkan pada hari itu jugak, alhamdulillah..tapi diri ini diduga lagi, kesemua analisis perlu dibuat semula pada pagi 14/09..dengan rahmatNya dan kerjasama sesama rakan sekerja, semuanya berjaya disiapkan pada hari tu jugak, syukur Ya Allah...
kerja yang tak pernah habis
pagi 15/09, sampai je ke sekolah terus ke koperasi untuk binding 4 buku analisis..selesai sarapan, analisis diserahkan kepada bos...pagi ni sekolah mengadakan SAMBUTAN MERDEKARAYA, sepatutnya diri ini bersama-sama pelajar memeriahkan majlis, tak pun bersama-sama rakan lain, menyediakan juadah buat anak didik semuanya..tapi semuanya perlu diketepikan, ada lagi satu keje yang perlu di emailkan hari ni jugak kepada JPN..ada kawan menyapa "hari ni pun, sibuk keje gak ke, kak wada?"..hehe, camtu la nampaknya..maklum la kan, sebelum ni sibuk dengan keje2 lain...sambil2 buat keje tu, dapat gak la mendengar riuh-rendah anak didik di dewan dengan persembahan daripada rakan2 mereka, meriah sungguh...hati digigit-gigit tuk sama2 merasakan kemeriahannya, tapi amanah keje perlu didahulukan...alhamdulillah, selesai sahaja majlis, keje tersebut berjaya di email kepada pihak berkenaan..next week (19-22/09) diri ini tak perlu mengajar, sebaliknya belajar..belajar kaedah menulis laporan projek di IAB, insyaAllah..itu la, keje tak pernah habis kan? kata ulama' kerja adalah ibadah', ibadah mana pernah habis kan? selagi kita tak menutup mata, selagi kita tak meninggalkan dunia ini...wallahua'lam...moga diri ini diberikan kekuatan oleh Yang Maha Kuasa tuk melunaskan semua amanah yang diberkan, amin...
No comments:
Post a Comment