Saturday, September 11, 2010

Tuntutlah Ilmu hingga ke China

Malam itu Anthony berbaris bersama jemaah yang lain untuk solat Isyak dan Tarawih. Kali ini bukan hanya untuk merasa pengalaman, tetapi sebagai sujud pertama seorang insan yang pulang ke pangkuan Tuhan, diiringi keindahan bintang dan bulan kecil hiasan malam Ramadhan, di celah awan yang menurunkan gerimis iman, buat seorang teman bernama Anthony.

Kini, Anthony sudah berhijrah ke London. Beliau mendaftarkan diri membuat Diploma Pengajian Islam di sebuah kolej di London dan sms terakhirnya kepada saya, Muhammad Amin sudah beristerikan seorang Muslimah dari Tunisia.

ikuti keseluruhan kisahnya di sini.

________________________________________________

Kisah2 di atas sering kita dengar dan baca..kan..seorang yang lahir bukan sebagai Islam kemudiannya memeluk Islam dan menjadi lebih berilmu daripada seseorang yang lahir sebagai Islam...

Termenung saya sekejap tatkala membaca kisah ini...berbeza dengan diri kita yang sedia Islam sejak lahir..termasuk la diri ini...betapa jahilnya diri ini...masih banyak yang tidak tahu...mungkin kerana diri ini agak kurang menghayati Islam..

kalau diikutkan...dari kecik lagi dah belajar agama...kalau di rumah, masa belum sekolah lagi dah ikut abah solat...kelas agama pertama yang saya hadiri adalah masa darjah 1 (coz saya tadika cina)...sehingga la tamat sekolah menengah...masuk U ada jugak kuliah2 yang berkaitan dengan Islam..misalnya kelas Tamadun Islam...tapi tu la..ada yang tau tapi tak amal..mungkin diri ini memandang Pendidikan Islam hanya sekadar satu mata pelajaran...yang penting mesti dapat 'A'...ruginya la...Astaghfirullah hala'zim..

tapi selepas tamat pengajian?? dah takde mata pelajaran Pendidikan Islam dalam 'Jadual Waktu'...yang ada cuma...kerja...kerja...kerja...ilmu yang ada hanya sekadar masa belajar dulu2...setakat yang basic2 je

anda sendiri macam mana? masih terus menghadiri Majlis2 Ilmu? sentiasa menambah ilmu yang sedia ada? Alhamdulillah...yang pentingnya...amalkan ilmu tersebut...ini la pesan ustaz & ustazah kita dulu...kan...Kuliah2 agama ada di mana2 sahaja...di masjid, surau, tv, radio dan juga di internet ini , youtube, blog2, laman2 web, forum2...terpulang pada kita je tuk memanfaatkan kemudahan yang ada...

saya ingin menyeru diri ini & sedara seIslam sekalian...mari la kita sesama mencari & menuntut ilmu...agar lebih mengenali Allah & Rasul...dan bukan Islam hanya pada nama sahaja..."Tuntutlah Ilmu hingga ke China"

klik>> Ceramah Ustaz Kazim

wallahua'alam

DISKUSI di meja makan

dah menjadi kebiasaan kami sekeluarga akan berlama-lama di meja makan...walaupun dah abis makan; dah basuh tangan...kami akan bersembang-sembang, coz masa ni la 'masa emas' bagi kami sekeluarga...almaklum la abah sibuk memanjang, jadi jarang dapat duduk berkumpul bersama-sama...

isu yang dibincangkan merangkumi semua hal...daripada hal2 berkaitan keluarga sehingga la kepada hal2 dunia...termasuk la bab2 agama..pendek kata semua hal akan disembangkan...pantang bagi abah kalau ada yang tak duduk makan sekali kalau time makan...selalu gak la kena marah, coz sy ni kadang2 makan awal daripada time makan...kekadang tu saja tak nak makan nasi (konon nak jaga badan la...huhu~)...skrg ni baru la paham nape abah tekankan sangat 'budaya makan sekeluarga' walaupun tak nak makan or dah makan...janji dok sekali...masa ni kami akan bertukar-tukar cerita, abah & mak akan menasihati kami adik-beradik andai ada tak kena di mata mereka...time ni jugak la masanya tuk berkongsi cerita2 berbaur nasihat tuk dijadikan ikhtibar kami sekeluarga...masa ni la abah & mak 'mendidik' kami dengan kaedah yang paling santai..sekarang bila semua dah besar panjang, kami akan berkongsi ilmu...tak kira la ilmu yang diperolehi daripada majlis2 ilmu mahupun daripada internet...secara tak langsung kami sekeluarga bukan sahaja dapat menjamah rezeki pemberian Allah bersama-sama..kami juga dapat menambah ilmu di meja makan...

pagi ni sembang punya sembang...berhujah punya berhujah dgn abah...tetiba mak menyuarakan pendapatnya..."along ngan abang(merujuk kpd abah sy le) sama je, kalau bercakap tu asyik menekan-nekan...bunyinye cam kasar je time bagi pendapat tu...kata2 tu terus menusuk ke hati"...gurlp! mak terasa ke...kami hanya membahaskan betapa pentingnya perlu mengambil supplement...bagi mak kalau sihat tak yah la nak amik supplement bagai...aku pun cepat2 la minta maaf kat mak...baru semalam berjanji nak jadi anak yang soleheh...takutnya diri ini andai terguris hati mak dengan kata2 ku...tapi kata mak sambil tersenyum...mak tak terasa pun...cumanya cara kitaorg ni sama anak beranak...takut org tak leh terima cara kami...abah pun kata, nak buat camne dah mmg camni...mmg camni la cara kami meluahkan pendapat masing2...teguran mak membuatkan diri ini terpikir...mungkin sebab ni la ramai yang tak puas hati, tak leh terima pendapat yang cuba diluahkan...tapi....camna nak UBAH...pendekatan yang camne yang bleh digunakan andai ada yang nak diluahkan...coz diri ini jenis yang direct to the point..."Ya Allah kau bimbing la hambaMu yang lemah ini, supaya lebih berhati-hati di kala berbicara"..AMIN

Diri ini

2 Syawal 1431H...
moga diri ini terus dapat memegang REMOTE CONTROL...
moga diri ini yang mengawal diri sendiri..
maga diri ini masih berpegang pada janji-janjinya...
moga diri ini terus mengamalkan ilmu-ilmu yang diperoleh sepanjang Ramadan..
moga diri ini tidak tewas dengan NAFSU & SYAITAN...

Hanya padaMU Ya Allah diri ini menitipkan kecintaan...
moga diri ini tidak alpa dan lupa padaMU...
moga diri ini sentiasa terpelihara olehMU Ya Allah...
AMIN

>>>sbg peringatan tuk diri sendiri tatkala leka dibuai arus dunia..

Friday, September 10, 2010

GETARAN di pagi 1 SYAWAL 1431H

Air mata tak tertahan-tahan di kala berjemaah sekeluarga menunaikan solat subuh di pagi yang mulia ini...1 Syawal 1431H...cukup indah bagi diri ini....tiada kata yang dapat diungkap ketika itu hanya getaran rasa menyelubungi diri..perasaan sedih, hiba, sayu, gembira bercambur baur dilubuk hati ini..

Selesai berdoa, kami mengambil kesempatan tuk bermaaf-maafan...sesudah mak & abah, tiba giliran saya pula sebagai anak yang sulung tuk memohon maaf...berdepan je ngan abah, tiada kata yg dpt diungkapkan, hanya air mata yang berjurai-jurai..lebih kurang seminit jugak la mengumpul kekuatan tuk memohon maaf ngan abah..abah & mak cuba menenagkan diri ini...masing2 tertanya-tanya kenapa la anaknya ini, sedih sangat...ntah la, saya sendiri pun takde jawapannya...setelah mendapat sedikit kekuatan, saya memulakan bicara "Abah, mak...along bukan la anak yang terbaik...tapi insyaAllah Along akan cuba jadi anak yang solehah selepas ni...ampunkan along, abah"...selepas tu ngan mak "Mak, ampunkan along..ada yang terkasar bahasa dan terguris hati mak"..."takde along, moga mendapat jodoh yang baik" kata mak, sambil memeluk erat diri ini....last sekali giliran ira my youngest sister tuk bermaaf-maafan...ngan anyah dalam phone je semalam, coz this year anyah sekeluarga beraya di sebelah keluarga suaminya...

Sesudah menjamah makanan yang dimasak mak (the best cook in the world!!)...kami semua bergerak tuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri...kemudian kami sekeluarga mengambil kesempatan tuk beraya ke 3 buah rumah kawan2 mak & abah...walaupun tak meriah coz 4 org je tapi SYAWAL kali ini membawa seribu pengertian bagi diri ini...alhamdulillah ;)

kenapa diri ini SEDIH, HIBA, SAYU & GEMBIRA???

SEDIH kerana terpaksa berpisah dgn Ramadan..ntah kan dapat bertemu lagi di tahun depan...terasa banyak yg kurang semasa menunaikan ibadah puasa, tapi apakan daya masa tidak dapat diputar kembali...hanya mampu memohon supaya Allah menerima segala amalan yang sedikit itu...banyak lagi ruang2 yang boleh diperbaiki...HIBA rasanya hati kerana rasa syukur yang tak terhingga ke hadrat Allah S.W.T di atas kesempatan memulakan pagi yang mulia ini dengan solat subuh berjemaah sekeluarga, di mana jarang2 dapat dilakukan sebelum ni kerana tidak berkesempatan berbuat demikian...SAYU menguasai diri kerana hanya kami berempat sahaja di sini, mak, abah, saya & ira..beraya diperantauan, coz abah tak dapat cuti tahun ni...selalunya kami akan menyambut Syawal di Perak bersama sanak saudara...anyah & wan (suaminya) serta anak2 beraya di utara..GEMBIRA kerana diberi kesempatan oleh Allah S.W.T tuk berpuasa 3 hari ngan mak & abah...dapat menyempurnakan ibadah puasa di tahun ini...berpeluang berterawih, berqiamullail bersama-sama mak & jemaah di sini...dan gembira kerana dapat menyambut SYAWAL kali ini dan moga di izinkan Allah tuk bertemu dengan RAMADAN 1432H pula....AMIN

Thursday, September 9, 2010

Menjelang AIDILFITRI 1431H

Travel dr utara ke timur 6&7 September 2010...semata2 tuk menyambut hari lebaran bersama yg tersayangs (lebih daripada sorang ye...hehe)..perjalanan yg mencabar mental dan fizikal..& alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah..

Ira, my sis abis keje 5hb..so 6 Sept baru la kami mulakan perjalanan tuk berhari raya...tahun ni ditakdirkan kami sekeluarga menyambut di Kemaman, Terengganu...coz abah tak dapat cuti tahun ni...keluarga kami tak besar hanya tiga beradik...Anyah plak, my 2nd sis beraya di Utara sebelah keluarga suaminya...jadinya tinggal la kami berdua beradik bersama mak & abah..kalau nak diikutkan mmg tak seronok langsung...ye la..berempat je kan...Kemaman plak bukannya kampung kami..abah baru bertugas kat sini 4 tahun yg lepas..so, xde kawan2 kami di sini..kawan2 mak plak, ramai yg beraya di kampung masing2...beraya depan tv la jawabnya...

coz terasa kurangnya meriah tahun ni, makanya xde la jugak shopping sakan..4hb pagi, pusing2 town ngan my sis, hajatnya nak cari sepasang baju yg simple & tak mahal sgt..pastu nak cari sepasang kasut coz kasut yg ada ni dah haus tapaknya..rasa tak molek plak nak dipakai kasut camtu di pagi raya...niat di hati nak pakai serba baru tuk menunaikan solat sunat aidilfitri...pusing town drpd pagi sampai la lewat tengah hari kami berdua hanya beli sepasang kasut je...baju xde satu pun yg berkenan di hati...ada yg cantik tapi harganya ish..ish...cam tak padan lak...bukan apa, kainnya jarang..ada yg tak dilapis & ada jugak yg sekadar dilapis dgn kain yg nipis jugak...xyah pakai helmet XXRAY pun dah bleh tembus pandangan...astaghfirullah hala'zim...saya ni bukan la alim sgt, bnyk lagi bab2 agama yg kurang dlm diri ini.. tapi dah berikrar dlm hati 'nak berubah menjadi insan yg lebih baik tahun ni'...sebab cuaca pun terik & belum solat zohor, kami pun terus balik...sy pun mula menelek2 baju2 kerja yg ada di dlm almari..ada yg masih nmpk baru...bleh la dipakai pagi raya nanti...xyah beli yg baru pun xpe la...yg penting dapat beraya dgn keluarga (ayat2 memujuk hati)..tapi hati ni dok teringat2 kat sepasang kurung Pahang kat sebuah kedai tu...kainnya bukan jenis yg jarang & harganya berpatutan..petang esoknya amik ira drpd opis dia dan terus ke kedai tu..tawakal je dalam hati ni..kalau ada rezeki, ada la...kalau xde redha je la...masa tu dah pukul 6pm...masuk je kedai, terus menuju ke tempat baju tu...'eh! xde la plak..dah ada yg beli kot' detik hati ni...saja je berjalan ke barisan yg dibelakang...alhamdulillah..baju semalam masih ada...terus je amik dan masuk fitting...mmg sesuai sgt...simple & berpatutan...rupanya ada lagi diskaun dlm 20% kalau tak silap...syukur alhamdulillah...ni la kata org 'kalau dah rezeki'...

berbalik pada perjalanan balik beraya...6hb tu bertolak dlm pukul 6.30 pagi ke KL...sampai pukul 11.30pagi...dah awal sampai ronda2 ke JUSCO..cari hadiah belated birthday tuk si kembar & abangnya...pastu amik bebudak tu drpd nursery...mak ayah diaorg pkul 7mlm baru sampai umah...maklum la KL, jem...bermalam semalam di rumah Anyah..dpt la berramah mesra ngan '3 budak botak' my fruit kids (anak buah la..hehe)...esok paginya 7hb dalam pukul 7.30 pagi mula bertolak ke Kemaman...bleh je nak direct dr Kedah ke Kemaman sebenarnya..tapi abah tersayang tak kasi..risaukan keselamatan puteri2 kesayangannya..maklum la sy drive sorang...Ira belum berani nak drive...pastu pesan abah lagi 'jangan bawa laju2, bnyk speed trap...lagi pun bahaya'..bila call mak kat R&R je..mak plak tak abis pesan2 ' jangan bawa laju2 Long'...nak tekan minyak je..terngiang2 pesan mak& abah...tapi hanya Allah je yg tau..saya ni cepat bosan & ngantuk kalau bawa kurang drpd 120km/j ;) ...Ira plak tido je dlm kete...fuh!! mmg mencabar...puas dgr radio ERA..pasang CD nasyid..bosan lagi...pasang plak Zikir Munajat...alhamdulillah dapat mengekalkan pemanduan 110km/j ke bawah...dan dilindungi Allah daripada segala bencana sepanjang perjalanan...nape bertolak pagi??? sebab kes ngantuk la..kalo tengah hari lagi la mata ni berat...nak plak dipanah terik mentari lagi la lemah badan ni...lagi pun best sampai awal ke destinasi..bleh la berehat2 dan bersama2 ngan mak menjenguk ke Bazar Ramadhan di Kemaman ni...tgk pelbagai juadah dan ragam org pantai timur...bak kata org 'jauh berjalan, luas pengalaman'

Wednesday, August 25, 2010

Renungan hari ni agar tidak berbohong:

Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibn Umar sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Apabila seseorang hamba berdusta, maka kedua-dua malaikatnya menjauh hingga satu batu kerana bau busuk yang diakibatkannya.” (Al-Tirmizi berkata, “Hasan gharib.”)

Friday, August 13, 2010

RAMADHAN AL-Mubarak


RAMADHAN kali ni tidak keseorangan...ditemani oleh adik yg tgh praktikal...alhamdulillah..meriah la sikit..cabaran tahun ni lebih sikit daripada tahun lepas..tambahan 40km ++...tugas tuk 4 bulan ni je..amik adik kat tempat keje dia..letih la jugak...nak plak bulan puasa ni..tapi insyaAllah segalanya akan dipermudahkanNYA..

Kalau nak dibandingkan dengan dugaan Fatimah Az-Zahra...ini baru sikit...dalam siri JEJAK RASUL..dikisahkan Rasulullah S.A.W menghadiahkan puterinya itu 'penolong'..tapi bukan la penolong yang bernyawa dek kerana puterinya itu keletihan menguruskan kehidupan harian..Rasulullah S. A. W mengajarkan puterinya itu zikir 'Subhanallah'..'Alhamdulillah'...'Allahuakbar'..yang dibaca sebanyak 33 kali sebelum tidur...insyaAllah akan dipermudahkan segalaNYA..kisah ni dah dengar banyak kali...pernah juga dibuat..tapi tu la, tak dijadikan amalan...selalunya bergantung pada SPIRULINA tuk bertahan...lupa yang ZIKIR lebih hebat KUASANYA...insyaAllah nak jadi sehebat puteri kesayangan Rasulullah S.A.W Fatimah Az-Zahra dan nak amalkan zikir-zikir amalannya....

Bak kata Adam...ala Adam dalam NUR kasih tu (ikut lagi ulangan tahun ni..time sahur)...katanya "Kita memang tak boleh berubaha jadi orang lain, tapi kita boleh berubah jadi yang lebih baik"...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...