Sunday, September 19, 2010

JOM Kita Kaji

dinner malam ni>>>7.15pm: buah kurma + nasi + masak lemak pucuk paku + ikan goreng asam jawa....skali cam buka puasa da..coz dah sebulan rutin camni kan..so, terbawa-bawa la sampai sekarang...hehe

tapi bila difikir-fikirkan banyak eloknya rutin ni...seperti yg kita sedia maklum...buah kurma ni banyak khasiatnya...tinggi fiber..dan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W pun, kita disunatkan makan buah kurma atau yg manis2 sebelum menjamah makanan lain...apa kebaikan disebaliknya??? diri ini selalu mempersoalkan...tentang apa2 je la..kenapa nak buat camtu? kenapa kena buat camni? mmg sifat semulajadi, suka sgt bertanya...WHY?? WHY NOT?? hehe...makanya skrg ni dah banyak kajian dilakukan dan dah banyak bahan bacaan membincangkan tentang kebaikan2 buah kurma, puasa, waktu berbuka puasa dan banyak lagi la...

berbalik kpd buah kurma...mengikut kajian setelah seharian berpuasa, kadar gula dalam darah menurun..makanya apabila kita makan buah kurma atau manisan secara tak langsung badan kita menerima glukos dahulu...jadinya paras gula dalam darah akan menjadi stabil semula...dan badan kita akan kembali bertenaga..selain daripada tu, buah kurma yg tinggi kandungan fibernya baik tuk sistem pencernaan...

kenapa perlu makan buah kurma terlebih dahulu??? bukan ke buah tu selalunya dimakan selepas makanan utama dan dijadikan pencuci mulut??? Dr. Oz di dalam siri Oprah pun mengatakan org Amerika telah melakukan kesilapan memakan buah sebagai pencuci mulut..sbb mengikut kajian sains...vitamin dan mineral buah-buahan perlukan lebih masa untuk diserap dan sekiranya dimakan paling akhir akan menyebabkan pengurangan kadar penyerapan nutrien tersebut (kalau tak silap la, nak kena semak semula info ni...hehe) ...sebagai org Islam, amalan memakan buah dahulu sebelum memakan makanan utama telah lama diamalkan...jadinya eloklah sangat kita mengikut sunnah Rasulullah S.A.W...nak makan tembikai ke, betik ke, or apa2 buah sekali pun..elok la dimakan dahulu dan bukannya sebagai hidangan selepas makan sambil borak2...amalan ni kena diperbetulkan..sedangkan org Amerika pun mengatakan ia satu amalan yg silap...inikan pula kita...kan...

mari kita kaji waktu berbuka puasa plak...waktu maghrib...mengikut kajian, adalah seeloknya makan malam sekurang-kurangnya 2-3j sebelum tidur...bagi tujuan pencernaan...kita juga disarankan banyak berjalan selepas makan..jadinya elok sangat la makan waktu maghrib..kalau kat semenanjung Malaysia lebih kurang 7.15pm..lepas tu pi terawih (kira cam berjalan2 la jugak)...balik terawih lebih kurang 9.45pm la katakan..sedang elok la tu...lepas terawih ada moreh kan..kalau takde kat masjid @ surau, balik rumah kita sambung makan yg lebih time berbuka tadi...betul la tu..sbbnya kalau terasa lapar...pakar diet menyarankan kita minum susu @ makan la biskut dalam sekeping dua sebagai supper(dlm pkul 10pm)..jadinya kalau boleh juadah lepas terawih tu pun, jangan la yg berat2...makanya elok sangat la amalan makan malam ni dalam lingkungan pukul 7pm kalau hari biasa...dan bukannya pukul 8.30-9pm seperti yg dah dilakukan sejak turun-temurun oleh masyarakat Melayu...apa salahnya kita berubah..sbbnya mmg dah terbukti banyak faedahnya dari sudut saintifik..

org sekarang sibuk mengatakan tentang DETOX...makan itu la...ini la..tampal sana la...sini la..semuanya untuk DETOX..umum pun dah tau kan kebaikan DETOX..untuk menyingkirkan toksin2 dalam badan...jika kandungan toksin terlampau tinggi dalam badan, makanya badan akan memberikan reaksi...berjerawat, alergi dan bermacam2 lagi penyakit...kadar penyerapan ubat @ nutrien dalam badan pun rendah disebabkan toksin ni...tau tak?? PUASA merupakan satu proses DETOX…jadi banyak-banyakkan la PUASA…takyah tunggu bulan Ramadan pun takpe…banyak-banyakkan la PUASA SUNAT…insyaAllah badan kita akan sentiasa melakukan proses DETOX…dan secara tak langsung badan kita akan jadi lebih sihat …

wallahu’alam…

sumber rujukan: majalah2, Oprah Show, buku2 kesihatan

Saturday, September 18, 2010

perihal CINTA

Apabila kita mencintai ALLAH, hakikatnya kita akan memiliki segala-galanya.
Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh ruang, jarak, masa, harta dan kematian.
(Majalah Solusi: isu 23)
______________________________________________________
tersangatlah betulnya...kalau kita cintakan manusia..mcm2 yg kita sanggup buat..cam dalam bait2 lagu ni 'berkorban apa saja, harta atau pun nyawa'...tapi dah berkorban memacam pun belum tentu bahagia...betul tak? belum sampai fasa berumahtangga pun dah clash...yg berkahwin plak bercerai-berai...kenapa la susah sangat nak bahagia ye...jom kita buat semakan semula..semak hubungan kita dengan manusia...mana la tau ramai yang tak selesa dengan tingkah laku atau cara kita...mana yang boleh diperbaiki tu, baiki la...semak plak hubungan kita dengan ALLAH...adakah kita ni hamba yg baik??..adakah kita mencintai ALLAH??? betul ke?? kalau betul, apa buktinya?? jawab la dalam hati memasing...sebab "Apabila kita mencintai ALLAH, hakikatnya kita akan memiliki segala-galanya"...makanya kalau nak memiliki segala-segala termasuk la cinta seorang manusia (dengan syarat cinta selepas akad ye), cintailah ALLAH setulus hatimu...insyaAllah kita akan beroleh kebahagian di dunia dan akhirat...tapi andai kata kita masih tak bahagia dan dirundung duka...jangan la plak menyalahkan takdir..sesungguhnya itu semua adalah ujian daripada ALLAH tuk menguji cinta hambaNYA...mari la kita sesama membuktikan cinta padaNYA....wallahu'alam

Friday, September 17, 2010

OPS Sikap & Sikap

Alhamdulillah...segala puji bagi ALLAH...dengan rahmatNYA, diri ini dan ira dah selamat sampai, Zohor tadi...agak mencabar tuk meloloskan diri drpd 'banjir kilat' kat kawasan rumah anyah...terpaksa menggunakan jalan2 alternatif tuk mengelakkan Miss V terendam...lebih kurang 50% perjalanan hujan...drive pun slow la..keep telling myself 'biar lambat asalkan selamat'...ditambah plak dengan OPS SIKAP, punya la bnyk polis...bak kata orang Perak, berceratuk kat tepi jalan....hehe..kebanyakan kenderaan pun tertib je...kurang yang memecut...tapi tu la...dlm dok berhati-hati tu..bahaya dok mengintai jugak..masa tu dok sebelah lorong kanan..malas nak pecut coz dah capai speed limit...hajat dihati nak potong 2 kenderaan lagi sebelum masuk semula ke lorong kiri..sebuah MPV & lori...memasing pun cool je...lagi pun kat belakang takde sebarang kenderaan yg memecut, so diri ini pun rileks la jugak..tetiba!!! MPV yg kat sebelah lorong kiri tu nak memintas lori kat depannya tanpa sebarang signal...diri ini yg terkejut terus hon (mmg diri ini hanya akan hon kalo terkejut je)...MPV tersebut yg terkejut, tak jadi nak memotong tapi melelong yg amat teruk sekali & hampir2 terbabas...myb Miss V berada di blind spot MPV tersebut, so mmg tak nampak kalo tak diintai bebetul...& rasanya keadaan MPV yang dah bersedia nak memecut tapi tak jadi tu la yg menyebabkannya melelong...kalau la MPV meneruskan hajatnya, mmg tak lepas...Miss V kat sebelah mmg tak sempat nak elak...& kalau la MPV yg tengah melelong tu terkena Miss V...entah la...itu la kata orang 'malang tidak berbau' dan semua yang berlaku hanyalah dengan izinNYA..SYUKUR ALHAMDULILLAH semuanya selamat...MPV tersebut pun selamat...kita perlu berSIKAP lebih berhati-hati dan tidak lalai masa drive..dan bukan hanya masa OPS Sikap je ye...

>>>TIPS: kalau nak memotong, jgn terlalu percayakan cermin sisi...toleh la sikit tuk lebih kepastian...atau pun, kedepankan sikit badan masa nak tengok cermin sisi...pemandangan akan lebih jelas dan mengurangkan blind spot...& jangan lupa baca doa naik kenderaan...supaya perjalanan kita dilindungi Allah S.W.T

Monday, September 13, 2010

JADUAL HARIAN MUSLIM

Masa lebih teratur dengan Waktu Solat.
Moga kita sentiasa mengingati Allah S.W.T dan tidak menjadikan kurangnya MASA sebagai ALASAN.
InsyaAllah, amin.



4.30 pagi Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
"Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA
mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan."

Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. 
Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah,berwangi-wangian.

4.45 pagi Solat Sunat
Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima ramalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


>>hujung minggu @ sebulan sekali boleh la dilakukan Solat Tasbih

5.00 pagi
Menyediakan sarapan @ bekal utk di bawa ke tempat keje.

5.50 pagi

Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun.
Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. 
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.


Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.


1.15 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat.
Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib 
Bersujud Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.30 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. 
Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai
berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg Beriadah @ Memasak makan malam
Bersenam dapat mengekalkan kesihatan diri.
Memasak makanan sendiri lebih banyak baiknya..sambil2 tu boleh juga dialunkan zikir semasa memasak...

7.00 ptg Makan Malam.
Setelah selesai makan.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat.
Solat maghrib berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga masuk waktu Solat Isya'.
Bersujud Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

8.00 mlm Solat Isya' berjemaah .
Solat Isya' berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran.
Bersujud Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

Selepas solat boleh la melakukan kerja2 yang perlu diselesaikan..

10.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

  • diubahsuai drpd: JADUAL HARIAN MUSLIM DI BULAN RAMADAN (klik sini)
  • belajar Cara Mengerjakan Sujud Syukur (klik sini)

**Jadual ini hanya sekadar panduan, masa boleh diubah mengikut 
kesesuaian aktiviti harian masing-masing.

----------------------------------------------------------------------------
>>indahnya seandainya diri ini dapat mengikuti jadual ini...yang pentingnya istiqamah...selalunya memula tu semangat...pastu balik pada yang basic2...ruginya la..subhanallah...moga dipermudahkan Allah hendaknya...

DOA

Doa ni saya petik drpd Majalah MIDI (15 September 2010 m/s 21)...

"Ya Allah, tolong la kami, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi pertolongan. Menangkanlah kami, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi kemenangan. Ampunilah kami, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi ampun. Rahmatilah kami, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi rahmat. Berilah kami rezeki sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi rezeki. Tunjukilah kami dan lindungilah kami daripada kaum yang zalim dan kafir."

"Ya Allah, perbaikilah agama kami untuk kami, kerana ia adalah benteng bagi urursan kami. Perbaiki dunia kami, yang ia menjadi tempat hidup kami. Perbaiki akhirat kami, yang menjadi tempat kembali kami. Jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan bagi kami dalam setiap kebaikan dan jadikan kematian kami sebagai kebebasan bagi kami daripada segala kejahatan."

"Ya Allah anugerahkan kepada kami rasa takut kepadaMu yang membatasi antara kami dengan perbuatan maksiat kepadaMu dan berikan ketaatan kepadaMu yang menghantarkan kami ke syurgaMu dan anugerahkan pula keyakinan yang akan menyebabkan ringan bagi kami menghadapi segala musibah di dunia ini."

"Ya Allah, anugerahkan kepada kami kenikmatan melalui pendengaran, penglihatan dan kekuatan selama kami masih hidup dan jadikanlah ia warisan bagi kami. Dan janganlah Engkau jadikan musibah atas kamidalam urusan agama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia ini cita-cita terbesar dan puncak daripada ilmu kami dan jangan jadikan berkuasa atas kami orang-orang yang tidak mengasihi kami."

"Ya Allah, ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, baik yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Dekat dan Mengabulkan doa."

"Ya Allah, anugerahkankanlah kepada kami kehidupan yang baik di dunia, kehidupan yang baik di dunia, kehidupan yang baik di akhirat dan hindarkanlah kami daripada kami daripada azab api neraka. Amin."

**Berdoa bukan utk memberitahu Allah apa yg kita pinta, kerana tanpa diberitahupun Allah sedia mengetahui. Doa adalah pengabdian daripada seorg hamba kpd Tuhannya. (sumber; Majalah Solusi)

Saturday, September 11, 2010

Tuntutlah Ilmu hingga ke China

Malam itu Anthony berbaris bersama jemaah yang lain untuk solat Isyak dan Tarawih. Kali ini bukan hanya untuk merasa pengalaman, tetapi sebagai sujud pertama seorang insan yang pulang ke pangkuan Tuhan, diiringi keindahan bintang dan bulan kecil hiasan malam Ramadhan, di celah awan yang menurunkan gerimis iman, buat seorang teman bernama Anthony.

Kini, Anthony sudah berhijrah ke London. Beliau mendaftarkan diri membuat Diploma Pengajian Islam di sebuah kolej di London dan sms terakhirnya kepada saya, Muhammad Amin sudah beristerikan seorang Muslimah dari Tunisia.

ikuti keseluruhan kisahnya di sini.

________________________________________________

Kisah2 di atas sering kita dengar dan baca..kan..seorang yang lahir bukan sebagai Islam kemudiannya memeluk Islam dan menjadi lebih berilmu daripada seseorang yang lahir sebagai Islam...

Termenung saya sekejap tatkala membaca kisah ini...berbeza dengan diri kita yang sedia Islam sejak lahir..termasuk la diri ini...betapa jahilnya diri ini...masih banyak yang tidak tahu...mungkin kerana diri ini agak kurang menghayati Islam..

kalau diikutkan...dari kecik lagi dah belajar agama...kalau di rumah, masa belum sekolah lagi dah ikut abah solat...kelas agama pertama yang saya hadiri adalah masa darjah 1 (coz saya tadika cina)...sehingga la tamat sekolah menengah...masuk U ada jugak kuliah2 yang berkaitan dengan Islam..misalnya kelas Tamadun Islam...tapi tu la..ada yang tau tapi tak amal..mungkin diri ini memandang Pendidikan Islam hanya sekadar satu mata pelajaran...yang penting mesti dapat 'A'...ruginya la...Astaghfirullah hala'zim..

tapi selepas tamat pengajian?? dah takde mata pelajaran Pendidikan Islam dalam 'Jadual Waktu'...yang ada cuma...kerja...kerja...kerja...ilmu yang ada hanya sekadar masa belajar dulu2...setakat yang basic2 je

anda sendiri macam mana? masih terus menghadiri Majlis2 Ilmu? sentiasa menambah ilmu yang sedia ada? Alhamdulillah...yang pentingnya...amalkan ilmu tersebut...ini la pesan ustaz & ustazah kita dulu...kan...Kuliah2 agama ada di mana2 sahaja...di masjid, surau, tv, radio dan juga di internet ini , youtube, blog2, laman2 web, forum2...terpulang pada kita je tuk memanfaatkan kemudahan yang ada...

saya ingin menyeru diri ini & sedara seIslam sekalian...mari la kita sesama mencari & menuntut ilmu...agar lebih mengenali Allah & Rasul...dan bukan Islam hanya pada nama sahaja..."Tuntutlah Ilmu hingga ke China"

klik>> Ceramah Ustaz Kazim

wallahua'alam

DISKUSI di meja makan

dah menjadi kebiasaan kami sekeluarga akan berlama-lama di meja makan...walaupun dah abis makan; dah basuh tangan...kami akan bersembang-sembang, coz masa ni la 'masa emas' bagi kami sekeluarga...almaklum la abah sibuk memanjang, jadi jarang dapat duduk berkumpul bersama-sama...

isu yang dibincangkan merangkumi semua hal...daripada hal2 berkaitan keluarga sehingga la kepada hal2 dunia...termasuk la bab2 agama..pendek kata semua hal akan disembangkan...pantang bagi abah kalau ada yang tak duduk makan sekali kalau time makan...selalu gak la kena marah, coz sy ni kadang2 makan awal daripada time makan...kekadang tu saja tak nak makan nasi (konon nak jaga badan la...huhu~)...skrg ni baru la paham nape abah tekankan sangat 'budaya makan sekeluarga' walaupun tak nak makan or dah makan...janji dok sekali...masa ni kami akan bertukar-tukar cerita, abah & mak akan menasihati kami adik-beradik andai ada tak kena di mata mereka...time ni jugak la masanya tuk berkongsi cerita2 berbaur nasihat tuk dijadikan ikhtibar kami sekeluarga...masa ni la abah & mak 'mendidik' kami dengan kaedah yang paling santai..sekarang bila semua dah besar panjang, kami akan berkongsi ilmu...tak kira la ilmu yang diperolehi daripada majlis2 ilmu mahupun daripada internet...secara tak langsung kami sekeluarga bukan sahaja dapat menjamah rezeki pemberian Allah bersama-sama..kami juga dapat menambah ilmu di meja makan...

pagi ni sembang punya sembang...berhujah punya berhujah dgn abah...tetiba mak menyuarakan pendapatnya..."along ngan abang(merujuk kpd abah sy le) sama je, kalau bercakap tu asyik menekan-nekan...bunyinye cam kasar je time bagi pendapat tu...kata2 tu terus menusuk ke hati"...gurlp! mak terasa ke...kami hanya membahaskan betapa pentingnya perlu mengambil supplement...bagi mak kalau sihat tak yah la nak amik supplement bagai...aku pun cepat2 la minta maaf kat mak...baru semalam berjanji nak jadi anak yang soleheh...takutnya diri ini andai terguris hati mak dengan kata2 ku...tapi kata mak sambil tersenyum...mak tak terasa pun...cumanya cara kitaorg ni sama anak beranak...takut org tak leh terima cara kami...abah pun kata, nak buat camne dah mmg camni...mmg camni la cara kami meluahkan pendapat masing2...teguran mak membuatkan diri ini terpikir...mungkin sebab ni la ramai yang tak puas hati, tak leh terima pendapat yang cuba diluahkan...tapi....camna nak UBAH...pendekatan yang camne yang bleh digunakan andai ada yang nak diluahkan...coz diri ini jenis yang direct to the point..."Ya Allah kau bimbing la hambaMu yang lemah ini, supaya lebih berhati-hati di kala berbicara"..AMIN

Diri ini

2 Syawal 1431H...
moga diri ini terus dapat memegang REMOTE CONTROL...
moga diri ini yang mengawal diri sendiri..
maga diri ini masih berpegang pada janji-janjinya...
moga diri ini terus mengamalkan ilmu-ilmu yang diperoleh sepanjang Ramadan..
moga diri ini tidak tewas dengan NAFSU & SYAITAN...

Hanya padaMU Ya Allah diri ini menitipkan kecintaan...
moga diri ini tidak alpa dan lupa padaMU...
moga diri ini sentiasa terpelihara olehMU Ya Allah...
AMIN

>>>sbg peringatan tuk diri sendiri tatkala leka dibuai arus dunia..

Friday, September 10, 2010

GETARAN di pagi 1 SYAWAL 1431H

Air mata tak tertahan-tahan di kala berjemaah sekeluarga menunaikan solat subuh di pagi yang mulia ini...1 Syawal 1431H...cukup indah bagi diri ini....tiada kata yang dapat diungkap ketika itu hanya getaran rasa menyelubungi diri..perasaan sedih, hiba, sayu, gembira bercambur baur dilubuk hati ini..

Selesai berdoa, kami mengambil kesempatan tuk bermaaf-maafan...sesudah mak & abah, tiba giliran saya pula sebagai anak yang sulung tuk memohon maaf...berdepan je ngan abah, tiada kata yg dpt diungkapkan, hanya air mata yang berjurai-jurai..lebih kurang seminit jugak la mengumpul kekuatan tuk memohon maaf ngan abah..abah & mak cuba menenagkan diri ini...masing2 tertanya-tanya kenapa la anaknya ini, sedih sangat...ntah la, saya sendiri pun takde jawapannya...setelah mendapat sedikit kekuatan, saya memulakan bicara "Abah, mak...along bukan la anak yang terbaik...tapi insyaAllah Along akan cuba jadi anak yang solehah selepas ni...ampunkan along, abah"...selepas tu ngan mak "Mak, ampunkan along..ada yang terkasar bahasa dan terguris hati mak"..."takde along, moga mendapat jodoh yang baik" kata mak, sambil memeluk erat diri ini....last sekali giliran ira my youngest sister tuk bermaaf-maafan...ngan anyah dalam phone je semalam, coz this year anyah sekeluarga beraya di sebelah keluarga suaminya...

Sesudah menjamah makanan yang dimasak mak (the best cook in the world!!)...kami semua bergerak tuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri...kemudian kami sekeluarga mengambil kesempatan tuk beraya ke 3 buah rumah kawan2 mak & abah...walaupun tak meriah coz 4 org je tapi SYAWAL kali ini membawa seribu pengertian bagi diri ini...alhamdulillah ;)

kenapa diri ini SEDIH, HIBA, SAYU & GEMBIRA???

SEDIH kerana terpaksa berpisah dgn Ramadan..ntah kan dapat bertemu lagi di tahun depan...terasa banyak yg kurang semasa menunaikan ibadah puasa, tapi apakan daya masa tidak dapat diputar kembali...hanya mampu memohon supaya Allah menerima segala amalan yang sedikit itu...banyak lagi ruang2 yang boleh diperbaiki...HIBA rasanya hati kerana rasa syukur yang tak terhingga ke hadrat Allah S.W.T di atas kesempatan memulakan pagi yang mulia ini dengan solat subuh berjemaah sekeluarga, di mana jarang2 dapat dilakukan sebelum ni kerana tidak berkesempatan berbuat demikian...SAYU menguasai diri kerana hanya kami berempat sahaja di sini, mak, abah, saya & ira..beraya diperantauan, coz abah tak dapat cuti tahun ni...selalunya kami akan menyambut Syawal di Perak bersama sanak saudara...anyah & wan (suaminya) serta anak2 beraya di utara..GEMBIRA kerana diberi kesempatan oleh Allah S.W.T tuk berpuasa 3 hari ngan mak & abah...dapat menyempurnakan ibadah puasa di tahun ini...berpeluang berterawih, berqiamullail bersama-sama mak & jemaah di sini...dan gembira kerana dapat menyambut SYAWAL kali ini dan moga di izinkan Allah tuk bertemu dengan RAMADAN 1432H pula....AMIN

Thursday, September 9, 2010

Menjelang AIDILFITRI 1431H

Travel dr utara ke timur 6&7 September 2010...semata2 tuk menyambut hari lebaran bersama yg tersayangs (lebih daripada sorang ye...hehe)..perjalanan yg mencabar mental dan fizikal..& alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah..

Ira, my sis abis keje 5hb..so 6 Sept baru la kami mulakan perjalanan tuk berhari raya...tahun ni ditakdirkan kami sekeluarga menyambut di Kemaman, Terengganu...coz abah tak dapat cuti tahun ni...keluarga kami tak besar hanya tiga beradik...Anyah plak, my 2nd sis beraya di Utara sebelah keluarga suaminya...jadinya tinggal la kami berdua beradik bersama mak & abah..kalau nak diikutkan mmg tak seronok langsung...ye la..berempat je kan...Kemaman plak bukannya kampung kami..abah baru bertugas kat sini 4 tahun yg lepas..so, xde kawan2 kami di sini..kawan2 mak plak, ramai yg beraya di kampung masing2...beraya depan tv la jawabnya...

coz terasa kurangnya meriah tahun ni, makanya xde la jugak shopping sakan..4hb pagi, pusing2 town ngan my sis, hajatnya nak cari sepasang baju yg simple & tak mahal sgt..pastu nak cari sepasang kasut coz kasut yg ada ni dah haus tapaknya..rasa tak molek plak nak dipakai kasut camtu di pagi raya...niat di hati nak pakai serba baru tuk menunaikan solat sunat aidilfitri...pusing town drpd pagi sampai la lewat tengah hari kami berdua hanya beli sepasang kasut je...baju xde satu pun yg berkenan di hati...ada yg cantik tapi harganya ish..ish...cam tak padan lak...bukan apa, kainnya jarang..ada yg tak dilapis & ada jugak yg sekadar dilapis dgn kain yg nipis jugak...xyah pakai helmet XXRAY pun dah bleh tembus pandangan...astaghfirullah hala'zim...saya ni bukan la alim sgt, bnyk lagi bab2 agama yg kurang dlm diri ini.. tapi dah berikrar dlm hati 'nak berubah menjadi insan yg lebih baik tahun ni'...sebab cuaca pun terik & belum solat zohor, kami pun terus balik...sy pun mula menelek2 baju2 kerja yg ada di dlm almari..ada yg masih nmpk baru...bleh la dipakai pagi raya nanti...xyah beli yg baru pun xpe la...yg penting dapat beraya dgn keluarga (ayat2 memujuk hati)..tapi hati ni dok teringat2 kat sepasang kurung Pahang kat sebuah kedai tu...kainnya bukan jenis yg jarang & harganya berpatutan..petang esoknya amik ira drpd opis dia dan terus ke kedai tu..tawakal je dalam hati ni..kalau ada rezeki, ada la...kalau xde redha je la...masa tu dah pukul 6pm...masuk je kedai, terus menuju ke tempat baju tu...'eh! xde la plak..dah ada yg beli kot' detik hati ni...saja je berjalan ke barisan yg dibelakang...alhamdulillah..baju semalam masih ada...terus je amik dan masuk fitting...mmg sesuai sgt...simple & berpatutan...rupanya ada lagi diskaun dlm 20% kalau tak silap...syukur alhamdulillah...ni la kata org 'kalau dah rezeki'...

berbalik pada perjalanan balik beraya...6hb tu bertolak dlm pukul 6.30 pagi ke KL...sampai pukul 11.30pagi...dah awal sampai ronda2 ke JUSCO..cari hadiah belated birthday tuk si kembar & abangnya...pastu amik bebudak tu drpd nursery...mak ayah diaorg pkul 7mlm baru sampai umah...maklum la KL, jem...bermalam semalam di rumah Anyah..dpt la berramah mesra ngan '3 budak botak' my fruit kids (anak buah la..hehe)...esok paginya 7hb dalam pukul 7.30 pagi mula bertolak ke Kemaman...bleh je nak direct dr Kedah ke Kemaman sebenarnya..tapi abah tersayang tak kasi..risaukan keselamatan puteri2 kesayangannya..maklum la sy drive sorang...Ira belum berani nak drive...pastu pesan abah lagi 'jangan bawa laju2, bnyk speed trap...lagi pun bahaya'..bila call mak kat R&R je..mak plak tak abis pesan2 ' jangan bawa laju2 Long'...nak tekan minyak je..terngiang2 pesan mak& abah...tapi hanya Allah je yg tau..saya ni cepat bosan & ngantuk kalau bawa kurang drpd 120km/j ;) ...Ira plak tido je dlm kete...fuh!! mmg mencabar...puas dgr radio ERA..pasang CD nasyid..bosan lagi...pasang plak Zikir Munajat...alhamdulillah dapat mengekalkan pemanduan 110km/j ke bawah...dan dilindungi Allah daripada segala bencana sepanjang perjalanan...nape bertolak pagi??? sebab kes ngantuk la..kalo tengah hari lagi la mata ni berat...nak plak dipanah terik mentari lagi la lemah badan ni...lagi pun best sampai awal ke destinasi..bleh la berehat2 dan bersama2 ngan mak menjenguk ke Bazar Ramadhan di Kemaman ni...tgk pelbagai juadah dan ragam org pantai timur...bak kata org 'jauh berjalan, luas pengalaman'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...