Friday, January 30, 2009

form 2

"kejadian benar 1st week..ngajo"
aku : how many sense, do we have?
murid 1: enam..six..
murid 2: 10..1o
murid 3: eh..kumpulan sixth sense tu ada..6 kan..(tanya kwn dia)
murid 1: ha'a...betul la teacher six
aku : ape yg six?
murid 3: ahli kumpulan six sense tu la...
aku : wacko.gif ape lagu popular kumpulan ni.....ekekek

ni la yg aku dpt sblm diterangkan ape maksud sense..hihihi

>>tu la antara pengetahuan sedia ada diaorg....layanssssssssss

strategi 1

thn ni aku creat modul dwibahasa...soalan latihan pun dwibahasa..remeh skit..kekadang aku xtau camne nak translete kot BM biggrin.gif
tapi harap2 pemahan bebudak tu makin meningkat n English vocab diaorg pun makin bertambah..

~kaedah "my dictionary" yg aku suruh bebudak buat thn lepas x menjadi...tgh thn dah hilang..pastu ngajo pun jadi lambat...so kaedah ni aku change

~jadi kaedah "conteng" - tulis je ngan pencil kat setiap perkataan yg diaorg xtau tuk notes yg diaorg salin..o kat modul yg aku saje malas nak traslate..huhu

~kelas 1st n 2nd aku wajibkan bawa dictionary....kalo x bw myb akan didenda (tgh fkr lagi bntk denda-kena kompaun je kot)...n kalo bw myb ade habuannye (dari hasil kompaun tu kot)...buat lucky draw ke...sesekali...best gak nih

~kelas 3rd n 4th - aku la their 'mobile dictionary'...kalo ade yg bw alhamdulillah

Wednesday, January 28, 2009


"treasure hunt-food chain"...punye la suke bebudak tu...abih 1 skolah di selongkar...dalam tong2 sampah...pasu bunga...segenap bilik diselongkar..berpeluh2 diaorg...kecoh SMKG ari tu..ekekeke
"sensitivty test" cute je bebudak form 2 ni kan...heheheh

Saturday, January 24, 2009

SANG MUROBBI

teringin nak tgk full movie...cam kisah seorang guru yg ikhlas..jujur..sederhana...
ade ulasan kat sini

hari keluarga



Sukaneka kanak2 sempena Hari Keluarga SMKG 2008...aku & the geng punya keje la ni..create aktiviti sebegitu rupa...ekekekeke...alhamdulillah..semua pun gumbira

create F1 race car



masa kursus kat KL 2008...belajar tuk create F1 car race for interschool race...lupa lak nama penuh race tu...best gak belajar...sikit2 cam autocad...aku just ade basic technical drawing..ssh skit la memula tu...tapi alhamdulillah ok pastu...tapi skrg ni dah lupo la plak...ekekeke

check these out..guys

Youtube Cherubicgirllah - Bye²

Youtube Nyanyian Dari Penjara-PERMINTAAN TERAKHIR

Youtube Alif-akan tiba

Youtube Agnes Monica-Matahariku

Friday, January 23, 2009

form 2 ELIT














aktiviti yg bebudak form 2 buat tuk tentukan 'centre of the gravity of the irregular shape'

Thursday, January 22, 2009

biar ku sentuh jiwamu

ini sambungan kisah last week...kisah bebudak 1st class yg x buat keje tu...dan berhubungkait dengan PRINSIP ku..

bagi aku bebudak 1st class perlu mempunyai sikap proaktif..mesti berdisiplin..mesti menyiapkan homework...malangnye bebudak 1st kelas kat sekolah harian biasa kurang mengamalkan sikap2 camtu...ramai yg ambil ringan soal disiplin diri dan homework..ye..ade juga sesetengah parent yg bertanyakan adakah homework perlu diberikan..sebagai seorang guru...jawapan aku..ya perlu..coz homework membantu bebudak ni tuk lebih memahami ape yg dipelajari dan sebagai persediaan untuk mempelajari topik seterusnya...

berbalik pada cerita..selama 3 hari 3 malam aku memikirkan apakah langkah yg perlu aku ambil untuk menyedarkan bebudak yg aku ajar tu..betapa pentingnya perlu mempunyai nilai2 positif tuk menjadi insan yg cemerlang...

ade rakan guru yg sekadar mengatakan kalo bebudak x membuat homework..xyah la pening2..or nak marah2..bincangkan je la jawapan tu..or buat la sesama dalam kelas berikutnya..
ade jugak aku terpkr nak buat cam diaorg...tapi bila difikir2 sedalamnya...aku hanya akan menyelesaikan 1 masalah tapi aku akan mencipta banyak lagi masalah...sekiranya aku mengambil mudah hal ini..makanya secara x langsung aku telah menyemai dalam diri bebudak tu sikap bertangguh..x bertanggungjawab..x berdisiplin..dan banyak lagi sikap2 negatif yg lain...

aku cuba mengingatkan semula diriku akan PRINSIP ku sebagai seorang guru...aku bukan hanya ingin mengajar subjek yg diberikan tapi aku juga nak mendidik anak bangsa...aku nak bebudak tu nanti melangkah keluar dari sekolah sebagai insan yg cemerlang...kalo x cemerlang akademiknya..sekurang2nya...cemerlang dirinya...

so..tiba hari aku ade kelas ngan bebudak yg bermasalah last week...n aku gak bermasalah last week....masalah aku last week too emotional (ekekekekekek)...setelah lama berfikir akhirnya aku mengambil keputusan tuk tidak mengajar diaorg kelmarin tapi aku ingin betulkan balik kesilapan last week..cara aku..BIAR KU SENTUH JIWAMU...aku face to face each of them..korek apa masalah diri memasing dan aku kongsikan beberapa tips belajar dan aku juga tiupkan kata2 semangat tuk diaorg...moga diaorg akan lebih bertanggungjawab dan proaktif lepas ni...amin..

Saturday, January 17, 2009

touching

make a different

moga aku juga can make a different...

aku yg x cemerlang

selepas sesi mengadap pengetua tempoh hari..aku cam tersentak..pengetua bagitau dia menarik balik pencalonan 'guru cemerlang' gara2 aku x rapat ngan students n x bertanggungjawab...

emmm..cara aku melayan student lain skit...aku mmg sengaja mencipta jurang kalo dalam kelas supaya x bias...n aku bukan jenis yg memanjakan student..so..nampak cam aku x rapat ngan student..(hakikatnya ramai yg still contact walaupun dah lama abis skolah-rapat la jugak)

puncanya aku dicop sebagai x rapat ngan student ni coz thn lepas..sebulan aku x masuk 1 kelas tuh..yup..mmg x bertanggungjawab kan...tapi ni kes give up..segala macam dah aku buat..dari januari sampai la oktober..denda..ckp dari hati ke hati...hantar ke PKHEM..hantar ke PK kurukulum...yg nak blajonye 3 org je dlm kelas tuh..yg lelain..semuanya tunggu jwpn je..langsung xde usaha sendiri...aku xleh nak berdepan ngan diaorg dah..aku bekalkan soalan...n jwpn sepanjang aku x masuk tu..tu pun 3 org tu je la yg buat..ade la 2-3 kali aku ronda2 ke kelas..diaorg sembang2 je...x buat pun latihan tu...sedihnye hati..Allah je yg tahu...yg dua org tu akan bw soalan n tanya yang mana x phm...alhamdulillah..

tapi tu la...mmg misi aku thn ni nak slow down...nak guna approch yg berbeza...tapi tu la..aku belum lagi dpt ubah persepsi ni..bagi aku kalo budak pure science @ 1st class kena la ade ciri2 pelajar yg cemerlang..so aku xleh kompromi sgt kalo diaorg x buat keje...bagi aku diaorg x patut camtu...tu la sebabnye..terjadinya kes dua hari lepas...salah aku la x profesional..kena pandai control lepas nih..tinggalkan kelas tu pun..tuk tenangkan diri...tapi salah tetap salah..

setakat ni aku tgh try tuk lebih santai dalam kelas..tapi pun tegas tetap la jugak..xleh nak elak dah sebati..cuma bleh banyakkan jokes la..kalo x budak pijak kepala...

lepas ni kalo bebudak pure science @ 1st class x buat latihan yg diberi xyah la susah2 denda ke ape ke...bagi je la jawapan cam ngajo kelas2 lain..itu la kot ciri2 guru cemerlang...(ni bukan cara aku...adehhhh)

aku x kisah sgt jwtn tu...aku sendiri belum sedia sepenuhnya...walaupun tu la target aku sejak 2thn lepas..terkilan ke aku bila ditarik balik...sikit la kot..so ade beberapa perkara yg aku perlu bagi perhatian lepas ni...perlu perbaiki diri aku yg x cemerlang ni...
  • Bersikap profesional.
  • Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
  • Bertanggungjawab.
banyak yg aku belajar dlm tempoh kejadian tu...thanx to semua kengkawan yg sudi berkongsi pendapat n jadi pendengar yg setia..semoga aku dpt mengubah diri ke arah yg lebih baik...insyaAllah...AMIN

guru cemerlang..guru berkesan

Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:

  • Bersikap profesional.

  • Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

  • Kaya ilmu.

  • Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

  • Bermoral teguh.

  • Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

  • Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

  • Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

  • Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

  • Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.

  • Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.

  • Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

  • Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.

  • Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

  • Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.

  • Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.

  • Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah

Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki:

(a) kecemerlangan peribadi,
(b) kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran,
(c) kecemerlangan kerja,
(d) kecemerlangan komunikasi, dan
(e) kecemerlangan potensi

1.8 Dari segi peribadi, Guru Cemerlang berkeyakinan diri, adil, bertimbangrasa, beramanah, bertanggungjawab, kreatif, inovatif, sedia berkongsi, bekerjasama, bersikap terbuka dan positif.

1.9 Dari segi pengetahuan dan kemahiran, Guru Cemerlang adalah pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran; peka dan prihatin terhadap keperluan dan kebajikan pelajar; bijak mengurus masa, bahan, sumber, alatan pengajaran dan pembelajaran; dan mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar serta menyediakan program tindak susulan.

1.10 Dari segi kerja, Guru Cemerlang, Guru Cemerlang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran pelajar menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar; menerusi kebolehan dan kejayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran; menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis; dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

1.11 Dari segi komunikasi, Guru Cemerlang adalah perintis sesuatu usaha serta berjaya berinteraksi menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan baik secara bertulis mahupun lisan.

1.12 Dari segi potensi, Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan; sentiasa belajar untuk peningkatan kerjaya; sentiasa terlibat dalam kursus, seminar dan bengkel; serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah kejayaan sekolah.

Thursday, January 15, 2009

PRINSIP

prinsip ini memakan diriku..15 Jan 2009

bukan senang nak membentuk sahsiah pelajar...pelajar dah terbiasa disuap (spoon feed)......xbleh dibebani ngan keje2 rumah...xbleh dipaksa...xbleh ditekan..semuanya kena tangani ngan cara lembut semata...kena guna psikologi..

adusss...aku lebih selesa ngan caraku..aku x sedar yg aku ni berprinsip orgnye...sehingga la disedarkan oleh seorg kwn...emmm..prinsip!..entah la...yg aku tau aku nak mendidik pelajar2 aku..bak kata bebudak aku yg lepas...aku x garang tapi tegas...

aku suka kalo pelajar beratur ke lab...nampak cantik tersusun..berdisiplin...aku suka kalo bebudak tu salin latihan or nota yg diberi dgn kemas dan x dicampur ngan nota sejarah or karangan BM..aku suka kalo bebudak tu bleh mengikut arahan...tapi diaorg bukan robot kan..tu la yg aku sedang buat..aku sedang mendidik..

aku nak bebudak pure science ada kesedaran yg tinggi tentang masa depan diaorg...makanya...aku harap sesangat yg diaorg ni bleh buat ape yg diarahkan...aku x suruh diaorg buat yg susah pun...kalo soalan pun mmg yg simple2 je...

arini kesabaran aku diuji...ramai bebudak aku x buat seperti yg aku arahkan 3 hari lepas...cukup pjg masa yg aku bagi tuk buat benda yg sesimple itu...bdk skolah rendah pun bleh siapkan...nape la bebudak ni xleh..

aku hampir meletup dlm kelas...so aku tinggalkan kelas..niatku aku akan masuk balik selepas marahku reda...nasib x baik aku dipanggil oleh Tuan Pengetua gara2 itu 10min kemudian...Pengetua menegur sikapku yg meninggalkan kelas...yes! aku salah...tapi aku juga manusia..

aku mula merasakan PRINSIP INI MEMAKAN DIRIKU...may be aku patut xyah bersusah payah sgt membentuk sahsiah bebudak tu...supaya menjadi insan yg lebih bertanggungjawab...suka hati korang la budak...nak buat ke...xnak ke...

Wednesday, January 7, 2009

all new

15 JAN 2009
salam...

blog ni dah didaftar 1st week of January lagi...tapi dek kesibukan n xtau nak taip ape kat sini..so, arini baru nak start..

awal thn..semua pun baru..ade yg memilih untuk berbaju baru..berkereta baru..beristeri baru..ops..sensitif ni...hehehe..sy plak memilih tuk change a little bit of my personality..dari cara berpakaian...tudung je sebenarnye...(penjual tudung la katakan...hehehe)..sekarang ni rakan2 sekerja pun dah demam tudung instant ni...tak senang duduk diaorg...nak jugak...alhamdulillah rezeki..hehe

tapi tu bukan cerita sebenarnya...dari hujung tahun lepas lagi sy cuba untuk mengubah diri..cara pembawakan diri..cara berfikir...pendek kata attitude...ke arah yg lebih positif...

aku seorg yg berperwatakan serius semasa berada di tempat kerja...xtau la kenapa...myb coz aku ni seorg cikgu..tugas mendidik..dan aku dididik dengan cara yg tegas...maka aku pun seorg yg tegas...

langkah yg aku amik tuk change...praktis senyum (hari2 masa drive ke tmpt keje)..tegur semua org..alhamdulillah..dah bleh skit2..
bkn senang nak jadi peramah ooo...kalo bukan semulajadi ni...hehehehe...

usaha akan diteruskan..wish me luck....AMIN


brand new me 2009

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...