Monday, September 13, 2010

JADUAL HARIAN MUSLIM

Masa lebih teratur dengan Waktu Solat.
Moga kita sentiasa mengingati Allah S.W.T dan tidak menjadikan kurangnya MASA sebagai ALASAN.
InsyaAllah, amin.



4.30 pagi Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
"Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA
mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan."

Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. 
Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah,berwangi-wangian.

4.45 pagi Solat Sunat
Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima ramalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


>>hujung minggu @ sebulan sekali boleh la dilakukan Solat Tasbih

5.00 pagi
Menyediakan sarapan @ bekal utk di bawa ke tempat keje.

5.50 pagi

Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun.
Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. 
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.


Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.


1.15 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat.
Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib 
Bersujud Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.30 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. 
Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai
berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg Beriadah @ Memasak makan malam
Bersenam dapat mengekalkan kesihatan diri.
Memasak makanan sendiri lebih banyak baiknya..sambil2 tu boleh juga dialunkan zikir semasa memasak...

7.00 ptg Makan Malam.
Setelah selesai makan.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat.
Solat maghrib berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga masuk waktu Solat Isya'.
Bersujud Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

8.00 mlm Solat Isya' berjemaah .
Solat Isya' berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran.
Bersujud Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

Selepas solat boleh la melakukan kerja2 yang perlu diselesaikan..

10.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

  • diubahsuai drpd: JADUAL HARIAN MUSLIM DI BULAN RAMADAN (klik sini)
  • belajar Cara Mengerjakan Sujud Syukur (klik sini)

**Jadual ini hanya sekadar panduan, masa boleh diubah mengikut 
kesesuaian aktiviti harian masing-masing.

----------------------------------------------------------------------------
>>indahnya seandainya diri ini dapat mengikuti jadual ini...yang pentingnya istiqamah...selalunya memula tu semangat...pastu balik pada yang basic2...ruginya la..subhanallah...moga dipermudahkan Allah hendaknya...

5 comments:

SETULUS HATIKU said...

tqvm... insyaAllah tlh kupraktikkan wpun masih xdpt sepenuhnya... minta copy ye... tq again.

WADA said...

you're welcome...sama2 la kita beramal.

Unknown said...

Trima kasih atas perkongsian.minta copy ye.

P.A. said...

assalamualaikum...terima kasih atas perkongsian ilmu...saya pun ingin mengambil panduan ini...moga Allah permudahkan saya dalam melaksanakan ibadah di samping melaksanakan tugasan harian dalam kehidupan saya.

WADA said...

waalaikumussalam...sama2..moga kita sama2 cuba untuk praktikkan...dipersilakan copy sekiranya bermanfaat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...