Thursday, September 27, 2012

Jadual Semakan Hubungan dengan ALLAH


Saya terjumpa gambar ni kat ruangan 'News Feed' saya di Facebook..dikongsikan oleh salah seorang kawan..dah lupa siapa orangnya..dan tak simpan plak alamat asal gambar ni. Tahniah dan terima kasih kepada si pencetus idea. Walau siapa pun anda, anda seorang  yang hebat dan moga dirahmati Allah selalu.

Apa2 pun bagi saya, jadual ini dapat memudahkan kita menyemak Ibadah Harian dan sebagai motovasi buat kita untuk meningkatkan ibadah dan lebih mendekatkan diri dengan Allah..

Saya sarankan bagi sesiapa yang mempunyai telefon yang mempunyai aplikasi Microsoft Office agar memanfaatkannya dengan membuat semula jadual ini dengan Excel. Kalian boleh menandakan di petak2 kecil setiap kali selepas kalian melakukan sesuatu ibadah. Mudah dan praktikal.

Atau pun, kalau telefon yang boleh tulis2 atas gambar, apa kata tandakan terus di gambar jadual tersebut, pun mudah juga. Oleh itu, kita akan sentiasa memantau diri kita sendiri. Maklumat hanya dihujing jari. Jika Allah bertanyakan dikemudian hari, bagaimana kita memanfaatkan telefon pintar? sekurang-kurangnya ia digunakan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Sebelum tidur, bolehlah kita menggunakannya sebagai alat untuk muhasabah diri. Kalau hari ni, kurang tandanya, maka kita boleh berazam, "esok aku nak buat yg ni, yg ni, yg ni...Ya Allah permudahkanlah aku untuk beribadah padaMu, amin"

Jadual ini juga boleh digunakan bersama Jadual Harian Muslim. Moga kita dapat beribadah dengan teratur dalam melakukan aktiviti harian. Harus diingat juga KERJA juga adalah Ibadah, makanya marilah sama2 kita melakukan KERJA dengan penuh dedikasi dan hanya kerana ALLAH agar memperoleh RAHMAT daripadanya, insyaAllah..

Moga perkongsian ini, ini akan memberikan manfaat kepada kita semua dan moga kita ikhlas melakukan Ibadah hanya kerana Allah, amin.

p/s: wahai diri, jgn kongsikan aje..AMAL tau! ;)

2 comments:

Anonymous said...

softcopy microsoft word xde??

WADA said...

maaf ye...softcopy dah hilang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...