Monday, October 24, 2011

CARA RASULULLAH SAW MELAYAN ISTERI(TELADAN BAGI YANG SUDAH/BAKAL SUAMI)



Budi bahasa itu yg membuatkan org respect.. dan bertambah segan bukannya Dengan cara tekanan dan garang. Perfect husband.. He makes the world follow..

Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’
Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’
‘Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’
‘Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’
Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’
Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’

Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW.

Dikirim dalam CARA RASULULLAH MELAYAN ISTERI
Oleh: Lelaki Soleh Idaman Wanita


sumber: mukabuku

HIMPUN sejuta umat





"PERHIMPUNAN Sejuta Umat Selamatkan Akidah (Himpun) di Shah Alam Sabtu lalu adalah manifestasi kesedaran umat Islam di Malaysia untuk mempertahankan akidah tauhid daripada gejala murtad yang dilakukan oleh golongan tertentu di negara ini.


Golongan terbabit yang menjalankan misi memurtadkan umat Islam di negara ini tidak menghiraukan peruntukan Perkara 11 (4) yang melarang penganut agama lain menyebarkan agama mereka kepada umat Islam."

( MOHD AYOP ABD RAZID; Utusan Malaysia)


Seperti kata pengarang, HIMPUN merupakan manifestasi kesedaran umat Islam di Malaysia untuk mempertahankan akidah tauhid daripada gejala murtad.  Walaupun tidak mencecah 'sejuta umat', bagi diri ini objektifnya tercapai. 






Mari kita sama2 hayati Sepuluh Deklarasi yang dibacarakan oleh Azmi Hamid.

Pertama:
Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan raja-raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang tubuh negeri.


Kedua:
Kerajaan yang memerintah baik di peringkat pusat mahupun negeri mestilah... memastikan bahawa sensitiviti yg tertinggi di dalam Islam dan perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam Negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.


Ketiga:
Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, hendaklah memastikan supaya Undang-Undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.


Keempat:
Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kelima:
Menuntut agar sistem pendididkan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada Aqidah Tauhid dan penerapan aqidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

Keenam:
Meminta kerajaan mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.


Ketujuh:
Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk mengganggu-gugat kesucian islam.


Kelapan:
Menyeru semua institusi dalam masyarakat terutama ibubapa mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman islam yang syumul agar membentengi anak dan waris terdekat dengan daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan aqidah.


Kesembilan:
Menggesa kerajaan supaya membantu dan mengawal aktiviti pihak media samaada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut undang-undang yang ada.


Kesepuluh:
Menyeru seluruh umat islam yang hadir di perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbezaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama BERSATU menyongsong tugas berat mempertahankan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.



>> Atas faktor jarak dan tugas, diri ini tidak dapat menyertai HIMPUN. Walau bagaimanapun, terasa getarannya tatkala membaca Sepuluh Deklarasi ini. Moga usaha murni pihak2 NGO ini diredhai Allah dan membuahkan hasil, insyaAllah.


Perhimpunan telah dilaksanakan. Deklarasi telah dicanangkan. Apa dan sejauhmana sumbangan kita pula? 

Musibah & Muhasabah





Perkongsian daripada seorg sahabat. "Andai ada masalah yang dilontarkan kpd Prof. Dr. Muhaya, dua soalan akan ditanyakan kembali kpd yg bertanya. Bagaimana dgn solat? Tutup aurat tak?"



Hmmm..agak menarik topik sembang2 kami di kantin hari ini.  Salah satunya adalah slot motivasi bersama Prof. Dr. Muhaya (IkimFM ; Sabtu 7pagi). Betul la jugak kan. Dua soalan yang sering diajukan oleh Prof. Dr. Muhaya merupakan kunci kebahagiaan dunia & akhirat, insyaAllah.


Kadang2 apabila kita dilanda musibah, kita terlupa untuk muhasabah. Kita sering mencari silapnya orang lain, tapi kita kurang mencari kesilapan diri sendiri.

Kurang bahagia, menyalahkan pasangan. Kurang rezeki, menyalahkan bisnes yang kurang menjadi dan terkadang menyalahkan bos yang tak menaikkan pangkat. Anak2 kurang menjadi, menyalahkan institusi persekolahan. Kita sering menyalahkan apa yang ada disekitar kita, kan? Kan ke, lebih baik melihat diri sendiri terlebih dahulu? Mencongak hubungan kita sesama manusia, hubungan kita dengan Allah.

Perbincangan kami diakhiri dengan satu kesimpulan. Andai dilanda musibah, muhasabah diri sendiri terlebih dahulu.  Jaga solat dan jaga aurat. InsyaAllah, yang lain-lain akan turut terjaga oleh Allah S.W.T.

wallahu a'lam.


Thursday, October 20, 2011

Kita kurang kesedaran halang zina berleluasa


Oleh Nik Salida Shuhaila
salidasuhaila99@yahoo.com
2011/10/20

Keluarga, masyarakat sepatutnya mainkan peranan penting halang remaja lelaki, perempuan bersosial keterlaluan

REMAJA hamil, bersalin seorang diri dan membunuh anak kandungnya tidak begitu mengejutkan lagi. Tugas pihak berkuasa pula menahan 'ibu' itu dan memungut bahan bukti. Hasil siasatan pula selalunya memihak kepada apa yang disyaki. Malangnya, si ‘bapa’ selalunya terlepas daripada buruan hukuman dan umpat keji. Beberapa tahun dulu, situasi begini amat asing sekali di sini. Ia hanya menjadi berita dari luar negara, walaupun tetap mengundang marah dan belas, ia tidak seperti apabila jenayah ini dilakukan di negara ini.
Perbuatan ini boleh disamakan dengan pembunuhan, yang balasannya juga nyawa, mengikut hukum Tuhan. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra ayat 33 tafsirnya bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar.” Namun hari ini, bayi yang masih bertali pusat dipungut bagai mengutip sampah-sarap di tepi jalan. Ada yang dihurung semut dan serangga, tidak kurang pula yang menjadi makanan binatang liar. (baca selanjutnya di BH on9)


******************************
Apakah peranan kita?
Adakah kita memainkan peranan?

~fikir-fikirkanlah~

~Al-Mawlid~



LIMA jejaka ini bukanlah asing dalam dunia hiburan tanah air. Pernah menyemarakkan dunia muzik melalui genre hip hop dan R&B - Amer, Lah, Pot, Azan dan Zaf kini menemui cinta baru melalui kumpulan Al Mawlid. Istimewa sempena Aidilfitri, XY - Ikon Lelaki berkongsi hijrah diri jejaka berlima ini dalam mengejar Nur Illahi... 

BUKAN gimik - sebaliknya inilah transformasi bekas anggota Ruffedge, VE dan Innuendo. Susuk diri berjubah serta berkopiah, terserlah gaya jejaka Muslim dalam diri Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge), Abdullah Ahmad (Lah VE), Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Zafri Nanarudin (Zaf VE).

Gabungan pemuda yang membentuk komuniti muzik dikenali sebagai Al Mawlid, mengundang perhatian lebih-lebih lagi lima jejaka itu pernah mencipta fenomena dalam showbiz tempatan. Melalui hijrah itu, Al Mawlid memperjuangkan lagu berbentuk dakwah dan puji-pujian ke atas Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. (baca selanjutnya di BH on9)


*****************************

Syukur ke hadrat Ilahi. 
Moga kita semua diberikan taufik & hidayah untuk berhijrah kembali kepada fitrah, amin.

~MasyaAllah..Cantik sangat2~


sumber: mukabuku

>>moga diberikan kesempatan menjadi tetamu Allah kelak, amin.

~Hukum Pakai Inai~





Bismillah...
hukum pakai inai bagi wanita ada 2
1) wanita yg berkahwin, pakai sbb suami maka hukum dia WAJIB..suami kata, "pakai la inai, suka tgk tgn awak ada inai..mcm pengantin.. :) " maka jatuh wajib bagi isteri ikut suami dan tak dak masalah klu org tgk sbb itu tang tangan..tangan anggota yg boleh bukak n boleh org tgk.. :)
wanita yang tak berkahwin, pakai sbb saja2 pakai bagi cantik, hukum dia HARAM.sbb berhias2 untuk org tgk dia cantik..dlm istilah agama kita kata TABARRUJ.. :)

2) Lelaki pakai inai ada 2 hukum,
i- ada pendapat ulama' yg mengatakan boleh bagi org yg berkahwin sahaja sebagai tanda..
ii- ada pendapat ulama' yg mengatakan tak boleh sbb menyerupai wanita kerana kita sedia maklum, inai di jari hiasan bagi wanita yang berkahwin..wallahu a'lam..

adapun, pakai inai atas tujuan perubatan, contohnya cekam, maka hukumnya BOLEH bagi lelaki atau perempuan dah kawin atau belum..boleh belaka... :)



sumber: facebook Ust Don 

~Hukum Mewarnakan Rambut~



HUKUM PAKAI DAI (dye)

Dai ada 2 jenis, satu yg HALAL satu yang HARAM..maka yang HARAM tolak jauh2 dan yang ...HALAL come to the picture..ok.. :) maknanya sapa pakai yg HARAM hukum dia HARAM, dan sapa yg pakai dai HALAL ada 2 perbincangan..

1)Dai HALAL ada 2 jenis, satu yg lalu air satu yang tak lalu air..maknanya tembusla..atau dlm bahasa lain, air melalui dai itu...faham na??satu tembus satu tak..
yang tak tembus air, sapa yg pakai, maka hukum dia BOLEH tapi bila mandi wajib, WAJIB hilangkan dan tak hilang melainkan kena potong, maka potong rambut yg ada dai hukum dia WAJIB walaupun botak..ada pulak org kata sama mcm lelaki..dlm hal ni, potong itu WAJIB..maka kena potong..wallahu a'lam..

adapun yang pakai air tembus melalui dia, ada 2 perbincangan..

pakai atas tujuan apa??
1) Pakai sbb SUAMI suruh, maka kata DR Yusuf al-Qardhawi, Boleh pakai dengan syarat dia pompuan yg pakai tudung..maka jelas lah mmg utk suami..tapi klu dia free hair a.k.a. tak pakai tudung, hukumnya HARAM..boleh rujuk dlm al-halal wal-Haram fil Islam.. :)

2) pakai saja2 utk cantik, hukum dia, HARAM.wallahu a'lam..



sambungan...


maka di sini jelas..tak dak sebab yang bleh bagi org perempuan yg nak pakai dai ke rambut klu dia adalah seorang perempuan yg mendedahkan aurat khususnya rambut..wallahu a'lam..

TAMBAHAN..bagi setengah pendapat ulama'(bila kata mcm ni, maknanya ada pilihan lah..boleh amik yg 1 atau yg ni..ok..jelasna..)
hukum pakai dai adalah HARAM sbb berdalilkan kepada firman Allah, "...jangan mengubah ciptaan Allah..." maka Allah melarang kita ubah ciptaan Allah dan ulama' mengatakan larangan ini adalah laranag kepada HARAM..takkan lah Allah tak pandai bagi rupa kita cantik dgn bagi rambut kita ikut colour ori smp kita kena buat warna pulak nk bagi jadi cantik..klu kita pakai sbb nk cantik maknanya Allah tak pandai la buat kita rambut colour hitam..Allah...Allah tu kan maha berkuasa dan maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui...
Ya Allah ampunilah dosa kami semua..amin ya Rabb,..







sumber: mukabuku Ust. Don Daniyal Don Biyajid

DOA SEWAKTU BERSUJUD & KEISTIMEWAANNYA




Jom kita selongkar keistimewaan sewaktu bersujud...
Moga kita dapat mempraktikkannya dalam sujud2 harian kita..
InsyaAllah, amin .

*******************************************************




Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.

Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dengan keIKHLASAN hati."

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. ' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meski! p! un aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan hari kiamat (hari kejadiannya) di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila ia mengkehendaki sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat)benda itu: "Jadilah Engkau!", maka ia terus menjadi"-ayat 82, surah Yassin.

Salam Ukhuwah..~



sumber: mukabuku

PGM Sarawak rampas RM1.8j balak



KUCHING 18 Okt. - Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Lima Sarawak mencatatkan enam kes tangkapan kayu balak haram di bawah Akta Perhutanan 1984 dengan nilai rampasan keseluruhan lebih RM1.8 juta sejak Januari lalu.


Komander PGM Wilayah Lima Sarawak, Asisten Komisioner Mohd. Saleh Mat Jani berkata, kes terbaru adalah tangkapan menerusi Ops Pensura apabila empat anggota diketuai Sarjan Zainudin Jamal menahan sebuah kapal di kawasan perairan Tanjung Engkilo, Batang Rajang di Sibu pada pukul 5.40 pagi semalam.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas kapal yang dikendalikan oleh tiga krew warga tempatan itu mendapati ia membawa muatan 372 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz dengan anggaran nilai rampasan termasuk kapal berkenaan ialah RM386,000.

"Siasatan awal polis mendapati kapal tersebut telah membawa muatan balak tanpa sebarang dokumen sah dan kita percaya kayu berkenaan diperoleh secara haram.

"Polis mendapati modus operandi pihak terbabit adalah dengan melakukan tanda pada kayu-kayu balak tersebut seolah-olah ia sudah mempunyai cop pengesahan bagi mengaburi pihak berkuasa. Namun kita dapati tanda itu adalah palsu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PGM Wilayah Lima di Bintawa, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Saleh memberitahu, pihaknya telah menahan tiga krew kapal terbabit untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 85 Akta Perhutanan 1984 kerana membawa atau memiliki kayu balak secara haram.
Sementara itu katanya, kayu balak yang telah dirampas itu akan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sarawak untuk tindakan lanjut.

"PGM Wilayah Lima Sarawak akan terus melakukan rondaan serta pemantauan di kawasan sungai di negeri ini bagi memastikan kegiatan kayu balak haram ini tidak berlaku.
"Jika orang ramai mempunyai maklumat mengenai kegiatan seumpama itu, mereka boleh segera melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis supaya tindakan pantas boleh diambil bagi membendung gejala berkenaan," ujarnya.

sumber: utusan malaysia

>> Kami berbangga dengan abah.  Moga Allah terus memberi kekuatan buat abah dan pasukan PGM bagi menjaga keselamatan negara. Barakallah feekum....

Perkara Yang Mengeratkan Persahabatan


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani
Huraian:
  • Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.
  • Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.
  • Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

>>Bak kata pepatah melayu "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari". Maka, eratkanlah hubungan dan persahabatan sesama kita dengan tiga perkara tersebut. InsyaAllah. 

Wednesday, October 19, 2011

7 Steps to Happiness


>> FEEL more....LISTEN more....ACCEPT more....DO more...APPRECIATE more...LOVE more<<

mungkin ada benarnya, kan? jom kita amalkan...
moga Allah kurniakan BAHAGIA di hati kita semua, amin

-wallahu a'lam-

Tren Tudung


Dengan nama Allah,


Sesuaikah tren tudung yang kita gayakan sebagai seorang muslimah?


Buat rakan2 yang masih belum mengetahui,
marilah kita sama2 menghayati artikel berikut..


~Terdidik Wanita, Terdidik Generasi~


******************************************************************************






Adakah kita perasan sejak setahun dua ini?

Ramai suka memakai tudung disertakan dengan bonggol yang ditambah atau bonggol dari ikatan rambutnya yang sengaja ditinggikan. Jika tidak sengaja (rambut terlalu panjang) adalah dimaafkan kerana berbeza sanggul sengaja ditinggikan dan sanggul kerana rambut panjang. Ditambah pula dengan seluar legging bagaikan tidak berseluar dan lain-lain pakaian yang membalut aurat, bukan menutup aurat. Tahukah anda golongan yang memakai sedemikian dikatakan dalam hadith tidak akan mencium bau syurga, apatah lagi memasukinya.

Daripada Abu Hurairah r.a kata beliau: Bersabda Rasulullah s.a.w:
"Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah:
Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian.

(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat)

dan

“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

serta

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

– hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Trend ini tiada di zaman Rasulullah namun mukjizat baginda mampu melihat masa depan (kini) dilihat benar-benar terjadi.



SUMBER: MUKABUKU

"Kecantikan Wanita" - Wardina Safiyyah

Seminar Wanita 2011 Location: Auditorium Petronas Miri

Satu perkongsian yang cukup bermakna untuk diri ini.
Mari kita sama2 menghayatinya.
Agar makin terserlah "kecantikan" diri, luar dan dalam.
InsyaAllah..








~Jadilah PEMANDU @ KAPTEN ~


Tuesday, October 18, 2011

Doa Mohon Jodoh dan Keturunan yang Baik


>>moga kita semua memperoleh jodoh dan anak2 yang soleh dan solehah...selamat beramal~

Monday, October 17, 2011

TENANG dengan bersikap PROAKTIF


Dengan Nama Allah~

Agak stress tau, kalau marah2 ni..Mungkin kena baca buku ni, supaya dapat kurangkan stress seperti yang telah disarankan oleh salah seorang pengarang artikel. Pengarang turut berkongsi sedikit intipati buku tersebut iaitu berkenaan tabiat pertama (Habit 1).

7 habits

Jom kita sama2 ikutinya:
Habit 1 : Menjadi proaktif (be proactive). Habit ini mengatatan bahawa “Saya mempunyai kekuatan. Saya adalah ketua dalam hidup saya. Saya boleh memilih sikap saya. Saya bertanggungjawab atas kebahagiaan dan kesedihan saya. Saya adalah pemandu masa depan saya, bukan penumpang”. Ia adalah asas kepada 7 habits yang diasaskan oleh Steven Coveys. Antara lain ia mendorong sikap proaktif iaitu membuat pilihan yang tetap terhadap perasaan kita sendiri. Ini kerana setiap hari kita berhadapan dengan situasi yang ‘sentap’ dan menyakitkan hati. Tapi kita tak semestinya bereaksi terhadap benda2tersebut seperti orang lain.
Misalnya kita dah rancang nak keluar jalan-jalan, tiba-tiba hari hujan. Kita boleh bengang, marah dan rasa tertekan. Tapi kita boleh berasa ‘oh hujan pula, tak apa, boleh buat benda lain di rumah’, macam iklan chipsmore tu. Bila hujan satu keluarga bergembira sambil makan biskut. 
 Kata pengarang lagi, bila ada orang yang menyakitkan hati kita, kita boleh untuk berasa ‘sentap’, rasa down tak ingat selepas difitnah macam-macam, pergi ‘sound direct’, buat benda yang sama macam dia buat… ataupun cuma buat tak tahu saja, maafkan dia ataupun jumpa depan-depan dan berterus terang

Apabila mengambil sikap proaktif, kita lebih berasa tenang dan lebih ada kuasa dalam mengemudi perasaan sendiri.  Orang lain boleh buat kita marah, tapi nak rasa marah atau tidak itu terpulang kepada kita.


circle of control
Kita tak boleh nak mengawal semua benda yang berlaku dalam hidup. Kita tak boleh nak kawal perasaan seseorang terhadap kita. Biasa kita dengar, buat baik pun orang mengata, buat jahat lagiiiiii orang mengata. Jadi? Biarkan sajalah apa orang nak kata. Selagi kita tak berbuat perkara dosa terhadap Allah SWT, buat apa kita nak kisah keredhaan orang lain. Manusia biasanya berat sebelah terhadap golongan yang tak sama macam dia. Misalnya orang tak berduit mengata orang kaya sombong, orang kaya mengata orang miskin malas (contoh). Jadi apa masalahnya?
Satu benda yang kita boleh kawal ialah sikap kita. Itulah benda yang kita kena fokus sebenarnya.  Malah terhadap syaitan sekalipun, sekiranya kita yang memilih untuk mengikut jejak langkah mereka, ia adalah tanggungjawab kita sendiri, sebagaimana firman Allah ini:
“Allah berfirman (kepada iblis):’Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka kecuali sesiapa yang mengikutimu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).’” ( 15:42)
Bermakna kita yang membuat pilihan dalam setiap apa yang kita jalani. Malah syaitan pun tidak akan bertanggungjawab sekiranya kita mengikuti hasutan mereka.
“syaitan berundur ke belakang sambil berkata: ‘Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangatlah berat azab seksa-Nya.’” (al-Anfal 8:48)
Jadi kenapa kita nak ikut apa yang orang fikirkan terhadap kita? Biarlah orang kata kita gila, atau jahat, atau bodoh, atau jahil (asalkan kita tahu demi Allah kita tak macam tu), siapa orang tu yang nak mengubah masa depan kita? Kecuali jika kita terikut-ikut dengan apa yang dikata-kata itu.
Kita mesti berpegang pada can-do-attitute iaitu:
  • mengambil inisiatif dan mula melakukan sesuatu
  • berfikir tentang penyelesaian dan pilihan
  • bertindak
Dan elakkan dari no-can-do-attitude:
  • menunggu sesuatu untuk berlaku kepada kita
  • berfikir tentang masalah dan halangan
  • bertindak hanya bila sesuatu berlaku
Apa kelebihannya mempunyai sikap proaktif ni?
  1. Menganjakkan paradigma. Sebelum ni kita mungkin melihat dunia dari kacamata orang lain. Misalnya orang selalu mengata kita terlalu gemuk, terlalu hodoh, terlalu lembab, tak berduit, hina, keji, caci maki dan sebagainya. Biarkan sajalah mereka tu. Yang penting kita gembira dengan apa yang kita ada dan mensyukurinya. Tak perlu nak perjelaskan kepada mereka kenapa kita jadi gemuk atau jadi hodoh atau jadi bodoh. Kita ada banyak benda nak buat selain dari melayan benda-benda macam tu.
  2. Tak mudah kecil hati. Bila orang lain buat sesuatu yang boleh buat kita ‘sentap’, atau menyebarkan fitnah terhadap kita, itu masalah mereka. Mungkin kita boleh ‘down’ sekejap. Terutama kalau yang tukang pemula dan sebar fitnah tu adalah orang2 yang kita percayai. Tapi kita tak perlu nak bereaksi keterlaluan. Biarkan saja mereka nak fikir apa pun. Setiap orang bebas berfikir. Kalau ada orang asyik memikirkan tentang sampah, itu masalah mereka, bukan masalah kita.
  3. Fikir sebelum buat sesuatu. Ada banyak benda yang kita ucapkan, kemudian menyesal kemudian hari, bukan? Itu bukan apa, sebab semasa kita nak ucap benda tu, kita tak fikir panjang, cakap ikut sedap mulut saja. Itu berlaku bila kita dah berada di luar kawalan fikiran. Bila kita kawal pemikiran kita, apa yang kita buat dan ucapkan adalah benda yang memang kita nak buat/cakap. Walaupun benda itu pahit, tapi itulah yang kita nak sampaikan.
  4. Mencari alternatif apabila sesuatu yang tak diingini berlaku. Mengeluh dan mengomel tidak mengubah apa-apa. Kita mesti bangun dan berbuat sesuatu sekiranya perancangan kita tak menjadi. Misalnya kita dah rancang nak bercuti di luar negara, alih-alih tiket penerbangan tiba2 naik harga, dan kadar tukaran wang asing tiba2 berubah, menyebabkan kita tak mampu nak menanggung perbelanjaan percutian itu. Kita boleh je nak marah2, stress, down, bengang, rasa nak bakar saja apa-apa yang berkaitan… tapi kita boleh bertenang, mencari hikmah di sebalik apa yang berlaku. Mungkin boleh menukar lokasi ke tempat percutian dalam negara, atau tangguh percutian sehingga kewangan kita dan ekonomi dunia stabil, dan sebagainya.
  5. Fokus terhadap benda yang boleh diubah, dan tidak risau pada benda yang tak boleh diubah. Harga petrol naik. Gula naik. Barang naik. Apa yang kita boleh buat untuk turunkan harga? Mungkin tak ada apa-apa yang boleh dibuat. Yang boleh kita buat ialah tukar rutin yang kita jalani hari-hari. Mungkin selama ni kita asyik minum kopi Starbucks, lepas ni boleh tukar kepada kopi Pappa Rich. Mungkin kita shopping baju baru 2 kali sebulan, lepas ni boleh cut sekali sebulan saja. Mungkin kita boleh buat kerja-kerja sampingan untuk tambah pendapatan. Merungut dan complaint tidak akan mengubah apa-apa pun..:)
Banyak yang boleh dipraktikkan daripada artikel ini. Moga kita semua tenang dengan mengambil sikap proaktif, insyaAllah.

sumber:  mysuperkid


~TIPS untuk TENANG~

Dengan nama Allah~


Segala puji bagi Allah, yang mengurniakan ketenangan buat diri ini. Setenang dan sedamai lukisan alam ciptaan Ilahi ini.

Bukannya tiada masalah menimpa diri. Bukannya juga tiada perkara yang menggusarkan hati, tapi diri ini cuba melatih diri dan hati untuk bertenang. Tenang tatkala menghadapi situasi -situasi yang kurang menyenangkan. 

Tahun ni paling banyak berlatih. Melatih diri untuk kurangkan marah dan juga melenting, misalnya. Di mana kata kuncinya adalah sabar. Maka secara tak langsung, melatih diri untuk bersabar. Dan sekarang ni, cuba melatih diri untuk bertenang..lebih kurang adik beradik dengan sabar la jugak. 

"Oh! tau jugak marah ye" tegur mak. Hehehe...Bukan senang nak menahan diri daripada marah, sabar dan bertenang. Kadang2 tu termarah jugak...ye la, nama pun berlatih kan? Moga-moga Allah kuatkan diri ini supaya diri ini dapat menahan diri daripada marah, lebih bersabar dan bertenang dalam apa jua situasi. (dalam dok menaip ni pun, seminit dua yang lalu ada sedikit situasi yang merentap ketenangan dan menduga kesabaran lantas menuntut kekuatan diri yang tinggi untuk menahan kemarahan...thanks to Allah, alhamdulillah diri ini dapat dikawal)

Untuk memulakan sesi latihan, diri ini cuba mencari tips untuk tenangkan hati di google search engine.  Maka bertemulah dengan petua untuk hati tenang (petua mencuci  hati) dari Dr Fadzillah Kamsah:

  1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
  2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
  5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
  7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok  aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan  sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!
  8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
  10. Kekalkan wuduk
  11. Bersedekah
  12. Belanja orang makan.
  13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat
  14. Berkawan dengan ulama
  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
  16. Pesan pada orang, jadi baik
  17. Menjaga pacaindera
Pokok pangkalnya hati yang tenang berada di dalam keadaan mengingati Allah
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenang dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenang” (13:28)
Ketenangan hati bersama Allah akan wujud apabila:
  • Kita bergantung sepenuhnya kepada Allah. Ajal maut, rezeki, keberadaan, etc.
  • Kita sedar ke mana kita akan kembali.
  • Kita tahu tak ada benda atas dunia yang boleh memberi manfaat mahupun mudarat kepada kita kecuali dengan izin Allah.
  • Kita yakin bahawa Allah akan membantu kita dalam apa jua situasi.
  • Kita melakukan jual-beli dengan Allah, dengan ‘menjual’ amal baik kita dan Allah ‘membelinya’ dengan rahmat yang tak terjangkau dek pemikiran.

Surah Al-Kauthar tenangkan hati Nabi
Rasulullah s.a.w mempunyai dua orang putera iaitu Qassim dan Abdullah. Setelah kematian kedua-dua puteranya, orang-orang Arab mengatakan bahawa keturunan Baginda sial dan telah terputus (bagi mereka nasab keturunan adalah melalui anak lelaki). Lalu Allah s.w.t menurunkan Surah Al-Kautsar untuk menenangkan hati Baginda supaya “buat tak tahu apa orang kata dan siapa yang mengutuknya akan diputuskan rahmat”.
Al-Kauthar[1] Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
[2] Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
[3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). 

moga diri ini sentiasa tenang, amin.

sumber:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...