Wednesday, October 12, 2011

41 belia muflis setiap hari gagal urus kewangan


Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Seramai 41 belia Malaysia berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun dianggarkan menjadi muflis setiap hari akibat kurangnya pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan.


Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj berkata, belia merupakan golongan utama menghadapi masalah kewangan dan menjadi muflis berbanding orang dewasa akibat daripada perbelanjaan yang tidak terkawal.

"Antara punca utama adalah kerana urusan sewa beli seperti kereta, rumah dan penggunaan kad kredit."

"Apabila lebih 30 peratus daripada gaji bulanan digunakan untuk membayar hutang, seseorang itu sudah dikira mempunyai masalah kewangan." (baca lagi)





***************************************
Laporan akhbar hari ini agak menggerunkan.  Jom pakat2 ambil kalkulator, cecah tak 30% hutang2 yang ada? Kira punya kira, memang cecah la kan? hutang kereta campur hutang rumah (yang dah beli rumah) pun dah lebih rasanya. 


waduh!! waduh!!..Nak plak kita ni jenis yang tak tahan godaan tatkala window shopping (konon)...guna plak kad kredit ..niat memula nak pakai masa emergency je..pastu mula la terpakai...konon-kononnya beli barang secara ansuran 0% instalment itu ok..bayar sikit2 takde la terasa sangat..harga barang masih sama, kononnya la..bank charge tak terfikir plak time tu, ek? 


insaflah wahai diri..patut la wang gaji mu cukup..cukup-cukup...rupanya diri mu mempunyai masalah kewangan. 


bagi yang masih belum terjebak, JAUHI DIRI MU daripada KAD KREDIT ~pesanan daripada yang dah terjebak :(


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...