bicara dimulakan...
Bukanlah pandai dan tidaklah juga mahu memandai-mandai melontarkan pandangan berkenaan Bajet 2012 memandangkan tidak mempunyai ilmu berkaitan ekonomi...
Tahu dan mengambil tahu bab2 Bajet Negara ni pun, sejak mula bekerja...sebelum-sebelum tu, memang tak tahu la..dan tak ambil tahu langsung..
Tahun-tahun sebelum ni pun, dengar bahagian yang last sekali, BONUS...al maklum la, penjawat awam la katakan...ikut rezeki, kadang2 sebulan gaji...rezeki tahun ni setengah bulan gaji...alhamdulillah, terima kasih Ya Allah...ada suara2 mengatakan, untunglah keje GOMEN dapat BONUS tiap2 tahun...tapi kalau yang kerja SWASTA, kadang2 lebih 5 bulan BONUS, andai syarikat untung lebih, kan? kadang2 habuk pun tarak, kan? tak kira la GOMEN atau SWASTA... itulah yang dinamakan rezeki masing2, kan?...semua itu, urusan Allah, kan?...Makanya senangkanlah hati mu, walau berapa pun rezeki kurniaan Allah itu...bersyukurlah.
Tahun ni dah matang sikit agaknya, banyak la jugak yang faham semasa pembentangan BAJET 2012..tambah2 lagi, bab2 kenaikan GAJI..hehe
ada suara2 mengatakan, untunglah penjawat awam, CIKGU macam2 dapat..kata CIKGU plak, kalau keje DOKTOR, JURUTERA dll gaji pokok je riban-riban 3K-5K dan ke atas belum campur elaun2 lagi...kami ni keje bertahun pun belum cecah lagi camtu... ada juga suara2 mengatakan, seronok la yang dapat RM320 tu, kami ni dapat RM80 je...itulah yang dinamakan rezeki masing2, kan?...semua itu, urusan Allah, kan?...Makanya senangkanlah hati mu, walau berapa pun rezeki kurniaan Allah itu...bersyukurlah.
Yuran sekolah rendah & menengah dimansuhkan... ada suara2 mengatakan, untunglah bebudak zaman sekarang..buku teks percuma, yuran peperiksaan awam pun dah tak perlu bayar dan ada jugak yang diberi laptop percuma...kalau dulu, semua pun berbayar, kan? ...itulah yang dinamakan rezeki masing2, kan?...semua itu, urusan Allah, kan?... Makanya senangkanlah hati mu, walau berapa pun rezeki kurniaan Allah itu...bersyukurlah.
Baucar buku RM 200 bagi pelajar matrikulasi, IPTA, IPTS dan tingakatan enam ...Semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 hinggaTingkatan 5 akan menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100...ada juga suara2 mengatakan, RM200 tu setakat bleh dapat sebuah buku je...dan ada juga suara2 mengatakan,di dada2 akhbar, kalau diikutkan RM100 tu masih belum cukup bagi menampung perbelanjaan sekolah anak..tapi better something than nothing, kan? itulah yang dinamakan rezeki masing2, kan?...semua itu, urusan Allah, kan?... Makanya senangkanlah hati mu, walau berapa pun rezeki kurniaan Allah itu...bersyukurlah.
untuk menambah kefahaman, bolehlah meninjau kupasan Bajet 2012 secara ilmiah 'Pandangan Ilmuan & Pendakwah Islam Terhadap Bajet 2012'
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (
Riwayat At-Tabrani)
Dari Abdullah bin Amru bin ‘Ash r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sungguh amat beruntunglah orang yang Islam (berserah diri) dan merasa cukup dengan apa yang direzekikan Allah serta berpada dengan apa yang diberikan-Nya.”
(Muslim)
itulah yang dinamakan rezeki masing2, kan?...semua itu, urusan Allah, kan?... Makanya senangkanlah hati mu, walau berapa pun rezeki kurniaan Allah itu...bersyukurlah, wahai diri...
No comments:
Post a Comment