Monday, October 17, 2011

TENANG dengan bersikap PROAKTIF


Dengan Nama Allah~

Agak stress tau, kalau marah2 ni..Mungkin kena baca buku ni, supaya dapat kurangkan stress seperti yang telah disarankan oleh salah seorang pengarang artikel. Pengarang turut berkongsi sedikit intipati buku tersebut iaitu berkenaan tabiat pertama (Habit 1).

7 habits

Jom kita sama2 ikutinya:
Habit 1 : Menjadi proaktif (be proactive). Habit ini mengatatan bahawa “Saya mempunyai kekuatan. Saya adalah ketua dalam hidup saya. Saya boleh memilih sikap saya. Saya bertanggungjawab atas kebahagiaan dan kesedihan saya. Saya adalah pemandu masa depan saya, bukan penumpang”. Ia adalah asas kepada 7 habits yang diasaskan oleh Steven Coveys. Antara lain ia mendorong sikap proaktif iaitu membuat pilihan yang tetap terhadap perasaan kita sendiri. Ini kerana setiap hari kita berhadapan dengan situasi yang ‘sentap’ dan menyakitkan hati. Tapi kita tak semestinya bereaksi terhadap benda2tersebut seperti orang lain.
Misalnya kita dah rancang nak keluar jalan-jalan, tiba-tiba hari hujan. Kita boleh bengang, marah dan rasa tertekan. Tapi kita boleh berasa ‘oh hujan pula, tak apa, boleh buat benda lain di rumah’, macam iklan chipsmore tu. Bila hujan satu keluarga bergembira sambil makan biskut. 
 Kata pengarang lagi, bila ada orang yang menyakitkan hati kita, kita boleh untuk berasa ‘sentap’, rasa down tak ingat selepas difitnah macam-macam, pergi ‘sound direct’, buat benda yang sama macam dia buat… ataupun cuma buat tak tahu saja, maafkan dia ataupun jumpa depan-depan dan berterus terang

Apabila mengambil sikap proaktif, kita lebih berasa tenang dan lebih ada kuasa dalam mengemudi perasaan sendiri.  Orang lain boleh buat kita marah, tapi nak rasa marah atau tidak itu terpulang kepada kita.


circle of control
Kita tak boleh nak mengawal semua benda yang berlaku dalam hidup. Kita tak boleh nak kawal perasaan seseorang terhadap kita. Biasa kita dengar, buat baik pun orang mengata, buat jahat lagiiiiii orang mengata. Jadi? Biarkan sajalah apa orang nak kata. Selagi kita tak berbuat perkara dosa terhadap Allah SWT, buat apa kita nak kisah keredhaan orang lain. Manusia biasanya berat sebelah terhadap golongan yang tak sama macam dia. Misalnya orang tak berduit mengata orang kaya sombong, orang kaya mengata orang miskin malas (contoh). Jadi apa masalahnya?
Satu benda yang kita boleh kawal ialah sikap kita. Itulah benda yang kita kena fokus sebenarnya.  Malah terhadap syaitan sekalipun, sekiranya kita yang memilih untuk mengikut jejak langkah mereka, ia adalah tanggungjawab kita sendiri, sebagaimana firman Allah ini:
“Allah berfirman (kepada iblis):’Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka kecuali sesiapa yang mengikutimu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).’” ( 15:42)
Bermakna kita yang membuat pilihan dalam setiap apa yang kita jalani. Malah syaitan pun tidak akan bertanggungjawab sekiranya kita mengikuti hasutan mereka.
“syaitan berundur ke belakang sambil berkata: ‘Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangatlah berat azab seksa-Nya.’” (al-Anfal 8:48)
Jadi kenapa kita nak ikut apa yang orang fikirkan terhadap kita? Biarlah orang kata kita gila, atau jahat, atau bodoh, atau jahil (asalkan kita tahu demi Allah kita tak macam tu), siapa orang tu yang nak mengubah masa depan kita? Kecuali jika kita terikut-ikut dengan apa yang dikata-kata itu.
Kita mesti berpegang pada can-do-attitute iaitu:
  • mengambil inisiatif dan mula melakukan sesuatu
  • berfikir tentang penyelesaian dan pilihan
  • bertindak
Dan elakkan dari no-can-do-attitude:
  • menunggu sesuatu untuk berlaku kepada kita
  • berfikir tentang masalah dan halangan
  • bertindak hanya bila sesuatu berlaku
Apa kelebihannya mempunyai sikap proaktif ni?
  1. Menganjakkan paradigma. Sebelum ni kita mungkin melihat dunia dari kacamata orang lain. Misalnya orang selalu mengata kita terlalu gemuk, terlalu hodoh, terlalu lembab, tak berduit, hina, keji, caci maki dan sebagainya. Biarkan sajalah mereka tu. Yang penting kita gembira dengan apa yang kita ada dan mensyukurinya. Tak perlu nak perjelaskan kepada mereka kenapa kita jadi gemuk atau jadi hodoh atau jadi bodoh. Kita ada banyak benda nak buat selain dari melayan benda-benda macam tu.
  2. Tak mudah kecil hati. Bila orang lain buat sesuatu yang boleh buat kita ‘sentap’, atau menyebarkan fitnah terhadap kita, itu masalah mereka. Mungkin kita boleh ‘down’ sekejap. Terutama kalau yang tukang pemula dan sebar fitnah tu adalah orang2 yang kita percayai. Tapi kita tak perlu nak bereaksi keterlaluan. Biarkan saja mereka nak fikir apa pun. Setiap orang bebas berfikir. Kalau ada orang asyik memikirkan tentang sampah, itu masalah mereka, bukan masalah kita.
  3. Fikir sebelum buat sesuatu. Ada banyak benda yang kita ucapkan, kemudian menyesal kemudian hari, bukan? Itu bukan apa, sebab semasa kita nak ucap benda tu, kita tak fikir panjang, cakap ikut sedap mulut saja. Itu berlaku bila kita dah berada di luar kawalan fikiran. Bila kita kawal pemikiran kita, apa yang kita buat dan ucapkan adalah benda yang memang kita nak buat/cakap. Walaupun benda itu pahit, tapi itulah yang kita nak sampaikan.
  4. Mencari alternatif apabila sesuatu yang tak diingini berlaku. Mengeluh dan mengomel tidak mengubah apa-apa. Kita mesti bangun dan berbuat sesuatu sekiranya perancangan kita tak menjadi. Misalnya kita dah rancang nak bercuti di luar negara, alih-alih tiket penerbangan tiba2 naik harga, dan kadar tukaran wang asing tiba2 berubah, menyebabkan kita tak mampu nak menanggung perbelanjaan percutian itu. Kita boleh je nak marah2, stress, down, bengang, rasa nak bakar saja apa-apa yang berkaitan… tapi kita boleh bertenang, mencari hikmah di sebalik apa yang berlaku. Mungkin boleh menukar lokasi ke tempat percutian dalam negara, atau tangguh percutian sehingga kewangan kita dan ekonomi dunia stabil, dan sebagainya.
  5. Fokus terhadap benda yang boleh diubah, dan tidak risau pada benda yang tak boleh diubah. Harga petrol naik. Gula naik. Barang naik. Apa yang kita boleh buat untuk turunkan harga? Mungkin tak ada apa-apa yang boleh dibuat. Yang boleh kita buat ialah tukar rutin yang kita jalani hari-hari. Mungkin selama ni kita asyik minum kopi Starbucks, lepas ni boleh tukar kepada kopi Pappa Rich. Mungkin kita shopping baju baru 2 kali sebulan, lepas ni boleh cut sekali sebulan saja. Mungkin kita boleh buat kerja-kerja sampingan untuk tambah pendapatan. Merungut dan complaint tidak akan mengubah apa-apa pun..:)
Banyak yang boleh dipraktikkan daripada artikel ini. Moga kita semua tenang dengan mengambil sikap proaktif, insyaAllah.

sumber:  mysuperkid


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...