"Walaupun berniaga di sebuah gerai kecil, namun pendapatan yang diperoleh kini mencecah lima angka sebulan," katanya.
Faisal berkata, bagi mengembangkan lagi perniagaan, dia dan isteri bercadang menawarkan francais karipap kepada mereka yang berminat pada masa akan datang. (baca kisah selanjutnya)~Utusan Malaysia~
*****************************************
Kalau kena gayanya, meniaga kecil-kecilan pun mampu menjana pendapatan lumayan. Kalah kita yang makan gaji ni, kan?...Pendapatan lima angka sebulan, fuhh! Inilah teori 'Jutawan Senyap'. Syoknya kalau dapat meniaga cam diaorg, kan?
Alang-alang dah berbicara bab2 berniaga ni, nak ingatkan diri sendiri dan semua yang berniaga secara sambilan. Kadang-kadang dek taksub sangat berniaga sampai lupa dengan kerja hakiki. Kita harus ingat bahawa kerja hakiki harus diberi keutamaan, jangan diabaikan. Bukan apa, kadang-kadang tu terlupa, kan? Uruskan barang jualan, kerja hakiki tak siap. Marah plak rakan sekerja yang lain, bos pun tak senang. Andai manusia tak senang dengan kita, agak2nya Allah senang tak dengan kita tak? Biarlah pendapatan yang kita perolehi tu, berkat..ye tak? Kalau rasa payah nak bagi komitmen, ikut jejak En. Faisal berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa.
Minda ni memang ligat berfikir nak meniaga tapi selalunya hangat2 tahi ayam..buat sekerat jalan. bila diri dah makin sibuk dengan tugas hakiki, bisnes tu diletak ke tepi..sedar-sedar je dah setahun berhenti meniaga..Teringin nak berniaga semula...nak berniaga apa ek..masak2 ni kureng skit..setakat makan sendiri boleh la..tapi kata orang perniagaan makanan jarang rugi..best gak kalau jadi 'pengurus'..tukang sumbang idea, uruskan apa yang patut..orang lain jalankan...hehehe...sebab kecintaan pada dunia pendidikan melebihi segalanya..makanya memang payah la nak bagi 100% komitmen pada dunia perniagaan ni.
selamat berniaga semuanya...sesungguhnya berniaga itu sunnah Rasulullah SAW..
No comments:
Post a Comment