Monday, October 24, 2011

HIMPUN sejuta umat





"PERHIMPUNAN Sejuta Umat Selamatkan Akidah (Himpun) di Shah Alam Sabtu lalu adalah manifestasi kesedaran umat Islam di Malaysia untuk mempertahankan akidah tauhid daripada gejala murtad yang dilakukan oleh golongan tertentu di negara ini.


Golongan terbabit yang menjalankan misi memurtadkan umat Islam di negara ini tidak menghiraukan peruntukan Perkara 11 (4) yang melarang penganut agama lain menyebarkan agama mereka kepada umat Islam."

( MOHD AYOP ABD RAZID; Utusan Malaysia)


Seperti kata pengarang, HIMPUN merupakan manifestasi kesedaran umat Islam di Malaysia untuk mempertahankan akidah tauhid daripada gejala murtad.  Walaupun tidak mencecah 'sejuta umat', bagi diri ini objektifnya tercapai. 






Mari kita sama2 hayati Sepuluh Deklarasi yang dibacarakan oleh Azmi Hamid.

Pertama:
Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan raja-raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang tubuh negeri.


Kedua:
Kerajaan yang memerintah baik di peringkat pusat mahupun negeri mestilah... memastikan bahawa sensitiviti yg tertinggi di dalam Islam dan perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam Negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.


Ketiga:
Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, hendaklah memastikan supaya Undang-Undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.


Keempat:
Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kelima:
Menuntut agar sistem pendididkan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada Aqidah Tauhid dan penerapan aqidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

Keenam:
Meminta kerajaan mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.


Ketujuh:
Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk mengganggu-gugat kesucian islam.


Kelapan:
Menyeru semua institusi dalam masyarakat terutama ibubapa mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman islam yang syumul agar membentengi anak dan waris terdekat dengan daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan aqidah.


Kesembilan:
Menggesa kerajaan supaya membantu dan mengawal aktiviti pihak media samaada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut undang-undang yang ada.


Kesepuluh:
Menyeru seluruh umat islam yang hadir di perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbezaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama BERSATU menyongsong tugas berat mempertahankan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.



>> Atas faktor jarak dan tugas, diri ini tidak dapat menyertai HIMPUN. Walau bagaimanapun, terasa getarannya tatkala membaca Sepuluh Deklarasi ini. Moga usaha murni pihak2 NGO ini diredhai Allah dan membuahkan hasil, insyaAllah.


Perhimpunan telah dilaksanakan. Deklarasi telah dicanangkan. Apa dan sejauhmana sumbangan kita pula? 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...