Monday, October 17, 2011

~TIPS untuk TENANG~

Dengan nama Allah~


Segala puji bagi Allah, yang mengurniakan ketenangan buat diri ini. Setenang dan sedamai lukisan alam ciptaan Ilahi ini.

Bukannya tiada masalah menimpa diri. Bukannya juga tiada perkara yang menggusarkan hati, tapi diri ini cuba melatih diri dan hati untuk bertenang. Tenang tatkala menghadapi situasi -situasi yang kurang menyenangkan. 

Tahun ni paling banyak berlatih. Melatih diri untuk kurangkan marah dan juga melenting, misalnya. Di mana kata kuncinya adalah sabar. Maka secara tak langsung, melatih diri untuk bersabar. Dan sekarang ni, cuba melatih diri untuk bertenang..lebih kurang adik beradik dengan sabar la jugak. 

"Oh! tau jugak marah ye" tegur mak. Hehehe...Bukan senang nak menahan diri daripada marah, sabar dan bertenang. Kadang2 tu termarah jugak...ye la, nama pun berlatih kan? Moga-moga Allah kuatkan diri ini supaya diri ini dapat menahan diri daripada marah, lebih bersabar dan bertenang dalam apa jua situasi. (dalam dok menaip ni pun, seminit dua yang lalu ada sedikit situasi yang merentap ketenangan dan menduga kesabaran lantas menuntut kekuatan diri yang tinggi untuk menahan kemarahan...thanks to Allah, alhamdulillah diri ini dapat dikawal)

Untuk memulakan sesi latihan, diri ini cuba mencari tips untuk tenangkan hati di google search engine.  Maka bertemulah dengan petua untuk hati tenang (petua mencuci  hati) dari Dr Fadzillah Kamsah:

  1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
  2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
  5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
  7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok  aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan  sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!
  8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
  10. Kekalkan wuduk
  11. Bersedekah
  12. Belanja orang makan.
  13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat
  14. Berkawan dengan ulama
  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
  16. Pesan pada orang, jadi baik
  17. Menjaga pacaindera
Pokok pangkalnya hati yang tenang berada di dalam keadaan mengingati Allah
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenang dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenang” (13:28)
Ketenangan hati bersama Allah akan wujud apabila:
  • Kita bergantung sepenuhnya kepada Allah. Ajal maut, rezeki, keberadaan, etc.
  • Kita sedar ke mana kita akan kembali.
  • Kita tahu tak ada benda atas dunia yang boleh memberi manfaat mahupun mudarat kepada kita kecuali dengan izin Allah.
  • Kita yakin bahawa Allah akan membantu kita dalam apa jua situasi.
  • Kita melakukan jual-beli dengan Allah, dengan ‘menjual’ amal baik kita dan Allah ‘membelinya’ dengan rahmat yang tak terjangkau dek pemikiran.

Surah Al-Kauthar tenangkan hati Nabi
Rasulullah s.a.w mempunyai dua orang putera iaitu Qassim dan Abdullah. Setelah kematian kedua-dua puteranya, orang-orang Arab mengatakan bahawa keturunan Baginda sial dan telah terputus (bagi mereka nasab keturunan adalah melalui anak lelaki). Lalu Allah s.w.t menurunkan Surah Al-Kautsar untuk menenangkan hati Baginda supaya “buat tak tahu apa orang kata dan siapa yang mengutuknya akan diputuskan rahmat”.
Al-Kauthar[1] Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
[2] Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
[3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). 

moga diri ini sentiasa tenang, amin.

sumber:

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...